Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suspek serangan rumah kebajikan Jepun beritahu rakan 'tiada sebab untuk OKU terus hidup'

Jul 27, 2016 | 11:19 AM



TOKYO: Lelaki yang didakwa membunuh sekurang-kurangnya 19 orang dan mencederakan 25 di sebuah rumah kebajikan bagi orang kurang upaya (OKU) di Tokyo dikatakan menikam mangsa ketika mereka tidur di kemudahan di bandar Sagamihara itu.



Perbuatan Satoshi Uematsu, 26 tahun, tidak ada kaitan jelas dengan pengganasan Islam, kata seorang jurucakap kanan kerajaan, Encik Yoshihide Suga, dalam satu sidang akhbar pada Selasa (26 Jul).



Perdana Menteri Shinzo Abe memberitahu satu perhimpunan di Tokyo: "Nyawa ramai orang tidak bersalah telah diambil dan saya amat terkejut. Kami akan berusaha sedaya upaya mencari fakta dan mencegah kejadian itu daripada berulang."



Uematsu, yang telah didakwa melakukan pembunuhan dan pencerobohan, bekerja di kemudahan Tsukui Yamayuri Garden itu lebih tiga tahun sehingga dia berhenti Februari lalu.



Dia menyerang pada awal pagi Selasa (26 Jul). Jurucakap Jabatan Bomba berkata 20 daripada 25 mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal.



Uematsu menyerah diri kepada polis sejurus selepas 3 pagi waktu tempatan (2 pagi waktu Singapura), mengakui dia telah mengamuk dan berkata dia "mahu melenyapkan orang kurang upaya dari dunia".



Ini bukan kali pertama dia membuat komen serupa itu. Pada 14 Feb, Uematsu menulis kepada ahli parlimen tempatan: "Saya membayangkan dunia di mana seseorang yang mempunyai pelbagai kecacatan boleh dimatikan atas rasa belas kasihan, dengan persetujuan penjaga, jika sukar bagi orang itu menjalankan kegiatan rumah dan sosial."



Lima hari kemudian, dia memberitahu rakan sekerjanya "tiada sebab untuk orang kurang upaya terus hidup", dan mengedarkan risalah mengandungi mesej itu kepada penduduk berhampiran.



Dia berhenti kerja apabila polis dipanggil, dan segera dimasukkan ke hospital bagi gangguan mental dan paranoia.



Bagaimanapun, dia dibenarkan keluar 12 hari kemudian selepas doktor menyangka dia tidak lagi menjadi ancaman kepada masyarakat.



Uematsu, bekas guru pelatih sekolah rendah, memuat naik pos di akaun Twitter pada kira-kira 2.50 pagi: "Semoga dunia menjadi aman. Jepun indah!!!"



Polis kemudian menemui tiga pisau berlumuran darah dari keretanya.



Rumah kebajikan itu mempunyai 157 penghuni tempoh panjang. Mereka semua mempunyai kecacatan intelek, dan ada daripada mereka mempunyai kecacatan fizikal, kata laporan berita.



Mangsa serangan itu terdiri daripada sembilan lelaki dan 10 wanita berusia 19 hingga 70 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >