Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suspek tembakan Chicago ditahan, asal dari tempat sama

Jul 06, 2022 | 05:30 AM



HIGHLAND PARK (Chicago): Seorang lelaki telah ditangkap berkaitan kejadian tembakan yang membunuh enam orang semasa satu perarakan 4 Julai di pinggir bandar Chicago di daerah Highland Park.



Polis mengesahkan mereka menangkap Robert E. Crimo III, 22 tahun, yang berasal dari kawasan itu.



Mereka berkata dia memandu kereta Honda Fit 2010 berwarna perak semasa ditangkap.



Polis dilihat mengelilingi kereta itu, dengan Crimo kemudian keluar dari kenderaan tersebut sambil mengangkat tangan, menurut sebuah video yang disiarkan Chicago ABC News.



Crimo kemudian baring di atas tanah sebelum polis menangkapnya.



Tuduhan akan difailkan ke atasnya, kata Polis Highland Park.



Media melaporkan salah seorang mangsa yang maut ialah Encik Nicolas Toledo, 76 tahun, yang berkerusi roda.



Beliau asalnya tidak mahu menghadiri perarakan itu tetapi ketidakupayaannya memerlukannya berada di sekeliling seseorang secara sepenuh masa dan keluarganya tidak mahu terlepas menyertai acara itu.



"Kami semua terkejut," kata cucunya, Cik Xochil Toledo.



"Kami fikir ia sebahagian daripada perarakan itu."



Kejadian tembakan itu berlaku sedang keganasan senjata api masih segar dalam ingatan ramai rakyat Amerika Syarikat, selepas pembunuhan beramai-ramai pada 24 Mei membunuh 19 kanak-kanak sekolah dan dua guru di sebuah sekolah rendah di Uvalde, Texas; yang menyusuli satu serangan pada 14 Mei yang membunuh 10 orang di sebuah kedai runcit di Buffalo, New York.



Sepanjang laluan perarakan di Highland Park itu, kerusi dilihat terbiar dan barangan lain berselerak selepas penonton panik melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa.



"Semua orang menyangka ia adalah bunga api," kata seorang peserta perarakan, yang hanya dikenali sebagai Cik Zoe, kepada CNN.



"Ayah saya fikir ia sebahagian daripada rancangan itu, dan saya berkata, 'Ayah, tidak... ada sesuatu yang tidak kena.' Dan saya memegangnya.



"Saya melihat semula kepadanya, dan kemudian melihat orang ramai panik dan berlari, dan ramai orang jatuh dan jatuh."



Polis berkata kejadian tembakan bermula sekitar 10.14 pagi Isnin (11.14 malam waktu Singapura) ketika perarakan itu berlangsung.



"Ia seperti penonton jadi sasaran... Jadi, ia tembakan rambang, tetapi sangat disengajakan dan sangat menyedihkan," kata jurucakap Pasukan Petugas Jenayah Utama Lake County, Encik Christopher Covelli.



Polis berkata penembak itu menggunakan "senapang berkuasa tinggi," dan ada bukti senjata api telah ditemui di atas bumbung berhampiran.



"Semua petunjuk menunjukkan suspek amat berhati-hati, dia sangat sukar dilihat," kata Encik Covelli. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >