Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suspek utama letupan bom Bangkok ditangkap

Sep 02, 2015 | 10:40 AM



POLIS Thailand menahan seorang lelaki yang mereka katakan adalah suspek utama dalam letupan bom di pusat bandar Bangkok pada 17 Ogos lalu, yang mengorbankan 20 jiwa.


Lelaki itu ditangkap pada Selasa (1 Sep) dekat sempadan dengan Kemboja, yang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga setelah polis membuat tangkapan pertama di Bangkok.


Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha mengumumkan penangkapan itu menerusi televisyen, mengesahkan lelaki tersebut warga asing dan dipercayai menyerupai lelaki yang dilihat dalam rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) meninggalkan beg yang dipercayai mengandungi bom di Kuil Erawan.


Beliau tidak memberi sebarang maklumat lanjut.


Akhbar Khaosod memetik seorang komander tentera tempatan, Mejar Jeneral Srisak Poonprasit, berkata lelaki itu dikesan berkelakuan "mencurigakan" dan laluan yang diambilnya untuk ke sempadan bukan laluan biasa.


Dalam satu sidang media semalam, jurucakap polis Thai, Jeneral Prawuth Thavornsiri, enggan memberi nama dan kewarganegaraan lelaki itu. Beliau juga menolak imej sebuah pasport Cina yang diedar di Internet sebagai palsu.


Tetapi Jeneral Prawuth berkata polis yakin lelaki tersebut sebahagian daripada rangkaian di sebalik letupan tersebut, dan dia menyerupai lelaki yang dirakam dalam CCTV meletakkan bom dalam serangan tersebut.


Secara berasingan, waran tangkapan telah dikeluarkan bagi tiga lelaki Turkey yang dikehendaki kerana memiliki bahan letupan terlarang. Dua daripada mereka disebut media Thai sebagai Ali Jolan dan Ahmet Bozoglan. Identiti lelaki ketiga tidak diketahui.


Sejak letupan itu, polis Thailand telah menangkap dua orang dan mengeluarkan lima waran tangkapan.


Lelaki asing yang ditangkap Sabtu lalu di Bangkok mempunyai beberapa pasport palsu Turkey.


Thailand mencetus kemarahan meluas apabila ia menghantar pulang lebih 100 etnik Uighur ke China Julai lalu. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >