Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Suthep ancam tutup seluruh Bangkok Ahad ini

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Suthep ancam tutup seluruh Bangkok Ahad ini

Jan 30, 2014 | 03:31 PM

BANGKOK: Ketua protes antikerajaan Thailand, Encik Suthep Thaugsuban, mengancam untuk "menutup Bangkok keseluruhannya" pada hari mengundi, sedang negara yang tidak bersepakat itu bersiap sedia untuk menghadapi satu pilihan raya kilat, Ahad ini.

"Pada 2 Februari ini kami akan menutup Bangkok keseluruhannya. Jalan raya akan dijadikan laluan pejalan kaki dan orang ramai tidak akan mengundi," kata Encik Suthep kepada para pembantah antikerajaan di tapak protes Taman Lumpini, pada lewat malam tadi, menurut laporan akhbar The Nation.

Beliau sebaliknya menggesa para pengundi yang berdaftar supaya menyertai Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) di tapak-tapak protesnya di seluruh Bangkok.

Sementara itu, pihak tentera Thai berkata ia akan menambahkan bilangan askarnya kepada sejumlah 5,000 yang telah dikerahkan bagi pilihan raya, lusa, lapor agensi berita Reuters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3