Topic followed successfully
Go to BHkuSuu Kyi hadapi dakwaan jenayah, disyaki langgar undang-undang import-eksport
Suu Kyi hadapi dakwaan jenayah, disyaki langgar undang-undang import-eksport
Feb 3, 2021 | 8:56 PM
Suu Kyi hadapi dakwaan jenayah, disyaki langgar undang-undang import-eksport
Cik Suu Kyi didakwa melanggar undang-undang import-eksport dan menghadapi hukuman penjara sehingga tiga tahun jika disabit kesalahan. - Foto REUTERS -
“
YANGON: Pihak berkuasa Myanmar mengemukakan tuduhan jenayah terhadap bekas pemimpin Aung San Suu Kyi setelah tentera negara tersebut menggulingkan pemerintahnya dalam rampasan kuasa, lapor media Mizzima.“
Cik Suu Kyi didakwa melanggar undang-undang import-eksport dan menghadapi hukuman penjara sehingga tiga tahun jika disabit kesalahan, menurut laporan tersebut, memetik sumber yang tidak dinamakan di mahkamah.“
Ia berkata peralatan telekomunikasi yang tidak sah ditemui di rumahnya di Naypyitaw.“
Sementara itu, mantan presiden Win Myint didakwa secara berasingan kerana melanggar undang-undang pengurusan bencana alam dan menghadapi hukuman yang sama, kata Mizzima.“
Seorang anggota parti Liga Nasional Bagi Demokrasi yang dianggotai Cik Suu Kyi mengesahkan laporan tersebut.“
Cik Suu Kyi telah meminta para penyokongnya menentang jeneral Myanmar, yang merebut kuasa Isnin lalu setelah mendakwa kemenangan Cik Suu Kyi pada pilihan raya November lalu satu penipuan.“
Semakin banyak tunjuk perasaan berlaku di Myanmar berikutan perebutan kuasa itu. - Agensi berita
