Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suu Kyi: Maklumat tidak tepat punca Myanmar dipersalah

Sep 10, 2017 | 05:30 AM



DHAKA/SHAMLAPUR (Bangladesh): Kemarahan global atas perlakuan Myanmar terhadap Muslim Rohingya diapi-apikan oleh "maklumat yang salah".



Demikian kata Cik Aung San Suu Kyi setelah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa pemerintahnya agar menamatkan keganasan yang telah memaksa 125,000 orang melarikan diri ke Bangladesh.



Pelarian Rohingya telah merentas sempadan ke Bangladesh, melarikan diri daripada satu serangan besar-besaran di negeri barat Rakhine oleh pasukan Myanmar berikutan satu siri serangan hendap yang membawa maut oleh militan Rohingya pada 25 Ogos.



Pemerintah Cik Suu Kyi telah menghadapi kecaman antarabangsa yang semakin meningkat atas tindak balas tentera dengan pelarian yang membawa bersama mereka cerita tentang pembunuhan, perkosaan dan kampung-kampung yang terbakar di tangan askar.



Tetapi dalam komen umum yang pertama sejak serangan hendap bulan lalu, Cik Suu Kyi berkata simpati terhadap Rohingya sedang dihasilkan oleh ''satu maklumat salah yang besar yang diperhitung bagi mewujudkan banyak masalah antara masyarakat berlainan dan dengan tujuan mempromosikan kepentingan pengganas''.



Komen itu dibuat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya berikutan panggilan presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, yang sangat kritis terhadap perlakuan Myanmar ke atas Rohingya.



Tetapi Cik Suu Kyi mempertahan tindakan pemerintahnya dan menyatakan pentadbirannya "membela semua rakyat'' di Rakhine.



Pemimpin negara yang majoritinya Buddha itu telah mengalami tekanan negara-negara dengan ramai penduduk Muslim akibat krisis itu.



Minggu lalu, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres memberi amaran risiko pembersihan etniks dan ketidakstabilan wilayah.



Dalam sepucuk surat yang menyatakan kebimbangan bahawa keganasan yang telah berkecamuk hampir dua minggu di negeri timur laut itu boleh menjadi "bencana kemanusiaan", Encik Guterres menyeru Majlis Keselamatan PBB menekankan sekatan dan ketenangan.



Penduduk Rohingya adalah minoriti terbesar di dunia yang tidak memiliki kerakyatan dan telah hidup di bawah sekatan seperti aparteid terhadap pergerakan dan kewarganegaraan mereka selama bertahun-tahun.



Mereka sebahagian besarnya mengelak keganasan tetapi bulan lalu, satu kumpulan militan baru yang dipanggil Tentera Penyelamat Arakan Rohingya melancarkan satu siri serangan hendap yang membawa maut ke atas polis sempadan hingga menyebabkan tindakan keras yang diketuai tentera.



Lebih 200,000 orang Rohingya melarikan diri ke Bangladesh. Ini termasuk 125,000 dalam dua minggu terakhir bulan lalu, menimbulkan tekanan besar kepada jiran yang miskin yang telah menjadi tuan rumah kepada 400,000 Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar sejak empat dekad lalu.



Keganasan terkini di negeri Rakhine bermula apabila pemberontak Rohingya menyerang puluhan pos polis dan pangkalan tentera.



Pertempuran dan serangan balas tentera telah membunuh sekurang-kurangnya 400 orang dan mencetuskan penghijrahan beramai-ramai penduduk ke Bangladesh.



Myanmar berkata pasukan keselamatannya sedang memerangi kempen yang sah terhadap "pengganas'' yang bertanggungjawab atas serangan terhadap pos polis dan tentera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >