Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Syarikat 10 anak kapal yang diculik Abu Sayyaf setuju bayar wang tebusan $1.46j

Apr 20, 2016 | 10:23 AM



TERNATE (Maluku Utara): Syarikat swasta yang memiliki bot Indonesia yang 10 anak kapalnya diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf di Selatan Filipina telah bersetuju membayar wang tebusan lebih 50 juta Peso ($1.46 juta), kata Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Ehwal Keselamatan Indonesia, Encik Luhut Pandjaitan, pada Selasa (19 April).



"Komunikasi seterusnya antara syarikat itu dan para tebusan mungkin berlaku pada Rabu atau Khamis," ujar Encik Luhut kepada pemberita di Ternate, wilayah Maluku Utara.



Beliau berkata usaha membebaskan empat lagi warga Indonesia yang dijadikan tebusan dalam satu kejadian berasingan masih dijalankan.



"Komunikasi dengan kumpulan yang menculik 10 warga Indonesia itu lebih licin berbanding dengan kumpulan lain yang memahan empat warga Indonesia," tambah Encik Luhut.



Militan Abu Sayyaf menculik 10 warga Indonesia itu dari kapal tunda Brahma 12 dan tongkang Anand 12 di laut sekitar 28 Mac dan menuntut wang tebusan AS$1 juta ($1.34 juta) bagi pembebasan mereka.



Mereka tidak mengambil dua kapal itu, yang membawa lebih 7,500 tan arang batu.



Cik Sarah Lubis, setiausaha korporat United Tractors, syarikat yang memiliki kapal yang 10 krunya diculik, memberitahu akhbar The Straits Times melalui telefon: "Kami bersedia melakukan apa yang terbaik untuk anak kapal kami."



Dalam kejadian berasingan pada Jumaat lalu (15 April), lanun yang dipercayai ada kaitan dengan Abu Sayyaf menyerang lagi dengan menculik empat pelaut Indonesia.



Empat lelaki itu sebahagian daripada 10 kru kapal tunda TB Henry, yang sedang menunda sebuah tongkang, Christi, ke Tarakan, Kalimantan Utara, selepas memunggah 8,000 tan arang batu di pulau Cebu di Filipina.



Lanun tersebut tidak berjaya merampas kapal tunda atau tongkang itu, tetapi menembak seorang anak kapal di dada selepas beliau cuba melawan.



Anak kapal yang cedera itu dan baki lima anak kapal melarikan diri dan diselamatkan oleh polis maritim Malaysia.



Ini kejadian pelanunan ketiga yang dilaporkan dalam masa dua minggu, melibatkan kapal tunda serta tongkang dan yang kedua melibatkan kapal Indonesia.



Abu Sayyaf ditubuhkan oleh pejuang Islam Moro yang tidak berpuas hati dan dibiaya oleh Al-Qaeda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >