Subuh
5:46
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:27
Maghrib
7:13
Isyak
8:24

Syarikat khidmat haji dilarang letak 'VIP' pada bas jemaah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

MENJELANG HAJI 2022

Syarikat khidmat haji dilarang letak 'VIP' pada bas jemaah

Saudi keluarkan manual prosedur kawal selia
Jul 06, 2022 | 05:30 AM

MAKKAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah mengeluarkan arahan agar syarikat perkhidmatan haji tempatan tidak meletak pelekat 'VIP' (Very Important Person, iaitu Orang Penting atau Orang Kenamaan) pada bas yang digunakan bagi membawa jemaah.

Ia juga mengarahkan kapasiti setiap bas tidak melebihi jumlah jemaah yang diperuntukkan, dan perlu ada sebuah bas rizab bagi setiap 500 jemaah.

Arahan itu terkandung dalam manual prosedur kawal selia yang dikeluarkan kementerian itu kepada syarikat dan pertubuhan tempatan yang menyediakan khidmat haji tahun ini, lapor media Saudi Gazette.

Penyedia perkhidmatan juga seharusnya telah mendapatkan permit bagi kemasukan bas berlesen ke Tanah Suci.

Bas itu dikehendaki menjalani pemeriksaan berkala. Menyewa bas dari luar Arab Saudi tidak dibenarkan sama sekali dalam apa jua keadaan.

Bas itu juga tidak boleh digunakan bagi pengangkutan domestik penumpang antara bandar atau dalam kawasan Tanah Suci, selain daripada pengangkutan jemaah yang telah ditetapkan.

Kementerian itu menarik perhatian bahawa semua bas lama dengan kadar pelepasan ekzos tinggi akan disita di pintu masuk ke Makkah.

Polis trafik akan mengesahkan, melalui peranti mudah alih, nisbah ekzos bas tersebut, dan berdasarkan itu, kenderaan tersebut akan disita atau denda bagi pelanggaran akan dikenakan.

Bagi bas yang terletak di dalam kota Makkah, ia akan disimpan di satu lokasi dan tidak dibenarkan bergerak keluar bagi mengelak ia menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar.

Arahan dalam manual itu juga termasuk mengenal pasti jemaah haji tempatan, yang akan dibawa oleh bas berlesen, dan menulis nama mereka dalam penyata pengangkutan yang mengandungi data peribadi jemaah, serta nombor permit haji, nama syarikat yang menyediakan perkhidmatan dan nombor lesennya.

Ini demi memastikan jemaah dan bas tersebut sahih dan dibenarkan menunaikan haji tahun ini.

Sekitar sejuta orang, termasuk 850,000 dari luar negara, dibenarkan menunaikan haji tahun ini - rukun Islam kelima yang wajib dilakukan semua Muslim berkemampuan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup - selepas dua tahun bilangan jemaah dikurangkan dek pandemik Covid-19.

Sehingga Ahad lalu, sekurang-kurangnya 650,000 jemaah haji luar negara telah tiba di Arab Saudi, kata pihak berkuasa.

Pada 2019, sebelum Covid-19 bermula, sekitar 2.5 juta orang menunaikan ibadah haji setiap tahun, yang termasuk tawaf mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram, berkumpul di Padang Arafah dan melontar jamrah di Mina.

Pada tahun berikutnya, rakyat asing dilarang dan jemaah haji tempatan dihadkan kepada hanya 10,000 orang dek Covid-19. Tahun lalu, bilangan itu meningkat kepada 60,000 rakyat dan warga asing yang menetap di Arab Saudi yang sudah divaksin sepenuhnya.

Pelitup tidak lagi diwajibkan di kebanyakan ruang tertutup di Arab Saudi, tetapi ia diwajibkan di Masjidil Haram.

Jemaah haji dari luar negara perlu mengemukakan hasil ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) negatif. - Saudi Gazette, AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3