Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Syarikat pulpa Indonesia didapati bersalah lakukan pembalakan haram

Nov 18, 2016 | 09:36 AM



JAKARTA: Mahkamah Agung Indonesia membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan mendapati sebuah syarikat pulpa tempatan, Merbau Pelalawan Lestari (MPL), melakukan pembalakan haram dan memerintahkannya membayar ganti rugi lebih 16.2 trilion rupiah ($1.7 bilion) - jumlah rekod dalam kes sedemikian.



Salinan keputusan pada Ogos 18 itu menunjukkan MPL didapati membersihkan hutan semula jadi secara haram untuk mengubahnya menjadi kawasan perladangan dan menebang pokok yang dilindungi di kawasan seluas 5,590 hektar dalam konsesinya di daerah Pelalawan, Riau.



Kemusnahan alam sekitar itu menyebabkan negara kerugian lebih 12 trilion rupiah.



MPL juga membersihkan secara haram 1,873 hektar tanah di luar konsesi pembalakannya, menyebabkan kerugian 4 trilion rupiah, kata keputusan itu.



Pelanggaran tersebut dilakukan antara 2004 dan 2006. "Perbuatan menyalahi undang-undang ini menyebabkan kerugian ekologi ke atas negara dan kepada rakyat Indonesia, jadi tuntutan plaintif ditegakkan," ujarnya.



Keputusan terkini itu menamatkan pertempuran undang-undang tiga tahun antara Kementerian Sekitaran dan Perhutanan dan MPL, yang menjadi pembekal gergasi pulpa dan kertas April yang berpangkalan di Singapura.



Kementerian itu menyaman MPL pada 2013, tetapi kes itu ditolak oleh Mahkamah Daerah Pekanbaru pada Mac dan Mahkamah Tinggi Pekanbaru. Ia kemudian memfailkan rayuan kepada Mahkamah Agung.



Jurucakap kementerian itu, Encik Novrizal Tahar, berkata pada Khamis (17 Nov) bahaw nilai ganti rugi itu "yang terbesar dalam sejarah Indonesia".



Seorang lagi pegawai, ketua pengarah penguatkuasaan undang-undang Nisbah Ridho Sani, berkata dalam satu kenyataan bahawa keputusan itu "sejajar dengan sikap adil kepada alam sekitar".



"Keputusan ini boleh memberi kesan penghalang kepada orang lain. Kementerian ini akan mengambil langkah segera bagi melaksana tindakan susulan," katanya.



Dalam satu kenyataan pada Khamis, April berkata ia tidak bergabung dengan MPL dan tidak mendapatkan bekalan serat daripada syarikat itu sejak Februari tahun lalu.



"Dengan keputusan Mahkamah Agung baru-baru ini, kami mengesahkan bahawa April akan segera menamatkan kontrak pembekal dengan MPL dan tidak akan mengikat kontrak dengan MPL pada masa akan datang," kata seorang jurucakap syarikat itu.



Selepas jerebu dahsyat tahun lepas menjejaskan berjuta-juta orang di Asia Tenggara, pemerintah Indonesia semakin tegas ke atas syarikat, kebanyakannya syarikat minyak sawit dan kayu pulpa yang dipercayai menggunakan teknik tebang dan bakar untuk membersihkan tanah.



Keputusan terkini menyusuli kemenangan serupa bagi kementerian itu ke atas syarikat lain awal tahun ini.



Kumpulan hijau berkata mereka menghargai keputusan mahkamah itu, sekalipun ia mengambil masa beberapa tahun.



Pengarah eksekutif Forum Indonesia bagi Sekitaran (Walhi), Cik Yaya Nur Hidayati, berkata hukuman itu "harus dilaksana segera" bagi memastikan undang-undang dikuatkuasakan terhadap pelaku dan hukuman itu menjadi kesan penghalang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >