Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Syria tawan semula bandar purba Palmyra daripada ISIS

Mar 28, 2016 | 08:03 AM

PALMYRA (Syria): Tentera Syria berjaya menawan semula bandar purba Palmyra dari Negara Islam di Iraq dan kumpulan Syria (ISIS) pada Ahad (27 Mac), dan berikrar akan membina kemenangan itu dengan menentang kubu kuat lain kumpulan pengganas itu.

Pihak tentera berkata pasukan propemerintah melenyapkan pejuang ISIS dari tapak warisan dunia Unesco itu, di mana pengganas mencetuskan kemarahan dunia dengan memusnahkan monumen berharga.

"Palmyra akan menjadi asas penting bagi meluaskan operasi... menentang Daesh di pelbagai kawasan, terutamanya Deir Ezzor dan Raqqa," kata tentera dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh media pemerintah, menggunakan istilah Arab Daesh bagi ISIS.

Bandar utara Raqqa benteng utama ISIS di Syria, dan Deir Ezzor, wilayah timur kaya dengan minyak, satu lagi kubu kuat utamanya.

Disokong oleh serangan udara Russia, tentera Syria dan perikatan militia melancarkan serangan besar untuk merebut kembali bandar padang pasir Palmyra bulan ini.

Kejayaan menawannya penting dari segi lambang dan strategik bagi tentera Presiden Bashar al-Assad, kerana ia memberi mereka kawalan ke atas padang pasir sekitarnya hingga ke sempadan Iraq.

Sekurang-kurangnya 400 pejuang ISIS terbunuh dalam pertempuran itu, menurut Badan Pemerhati bagi Hak Asasi Manusia Syria.

Bagi pihak pemerintah, 188 askar dan anggota militia terbunuh.

ISIS, yang mendalangi rentetan serangan di Barat, termasuk pengeboman di Brussels minggu lalu, kini menghadapi tekanan yang semakin meningkat daripada serangan tentera Syria dan Iraq yang bertujuan merebut kembali kubu yang diisytiharnya sebagai "khalifah"nya. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3