Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Syria tenang susuli gencatan senjata

Sep 13, 2016 | 08:31 AM



BEIRUT: Satu gencatan senjata, yang diusahakan Amerika Syarikat dan Russia, mula dilaksana di seluruh Syria pada Isnin (12 Sep) malam, iaitu percubaan kedua tahun ini oleh Washington dan Moscow untuk menghentikan perang saudara selama lima tahun.



Tentera Syria, yang mengumumkan gencatan senjata itu pada 7 malam (tengah malam waktu Singapura), berkata "rejim tenang" tujuh hari akan dilaksana di seluruh Syria.



Kumpulan pemberontak yang berjuang untuk menggulingkan Presiden Bashar al-Assad memutuskan menghormati gencatan senjata itu, walaupun melahirkan keraguan mendalam mengenai perjanjian tersebut secara keseluruhan, kata Encik Zakaria Malahifji daripada sebuah puak pemberontak berpangkalan di Aleppo, Fastaqim.



"Mengenai kedamaian sementara, gencatan senjata, penghantaran bantuan, ini satu soalan moral dan tidak ada perdebatan mengenai ini, kami benar-benar mengalu-alukan ini, tetapi ada perkara-perkara lain di mana ada keraguan," katanya.



Sumber pejuang di kedua-dua pihak berkata ketenangan wujud dalam beberapa jam pertama gencatan senjata itu. Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria, sebuah kumpulan berpangkalan di Britain, berkongsi pemerhatian tersebut.



Russia penyokong setia Encik Assad, manakala Amerika menyokong beberapa kumpulan pemberontak yang berjuang untuk menjatuhkannya.



Setiausaha Negara Amerika, Encik John Kerry, berkata laporan awal mencadangkan keganasan berkurangan menyusuli gencatan senjata itu.



Namun, beliau berkata kepada pemberita di Jabatan Negara terlalu awal untuk membuat kesimpulan muktamad tentang hasil gencatan senjata itu, dan tidak syak akan ada beberapa laporan pelanggaran "di sana sini".



Kementerian Luar Russia berkata dalam satu kenyataan bantuan kepada bandar Aleppo yang dikepung akan bermula serta-merta.



Besher Hawi, seorang penduduk Aleppo, yang dikuasai pembangkang, berkata bandar itu tenang sejak gencatan senjata berkuat kuasa, selepas pengeboman teruk sepanjang beberapa hari lalu.



"Ia sangat baik tetapi saya pasti tidak yakin pada rejim ini. Ia boleh mengebom bila-bila masa," katanya, yang bercakap melalui sistem pesanan berasaskan web.



Beberapa jam sebelum gencatan senjata berkuat kuasa, Encik Assad berikrar akan mengambil kembali seluruh Syria. Dalam tindakan penuh berlambang, televisyen negara menunjukkan beliau melawat Daraya, bandar di pinggir Damsyik yang lama dikuasai pemberontak tetapi berjaya ditawan semula tentera pemerintah bulan lalu selepas pejuang menyerah setelah menghadapi pengepungan menghancurkan.



Gencatan senjata itu melahirkan harapan paling cerah bahawa pentadbiran Presiden Barack Obama boleh bekerja bersama Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, untuk menamatkan perang di Syria. Semua inisiatif diplomatik sebelum ini gagal.



Pentadbiran Obama menentang Encik Assad tetapi mahu mengalih tumpuan perjuangan daripada pada perang saudara berat sebelah antara beliau dan banyak musuhnya kepada kempen menentang kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), yang menguasai beberapa kawasan di Syria dan jirannya, Iraq. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >