Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tahap kesihatan Anwar Ibrahim didakwa makin teruk

Nov 16, 2015 | 05:15 PM



KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Encik Sivarasa Rasiah mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai tahap kesihatan bekas ketua pembangkang itu mempunyai unsur-unsur penipuan.


Menurut beliau, sejak menjalani hukuman penjara, keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar bertambah teruk kerana beliau dinafikan hak untuk mendapatkan fisioterapi intensif seperti yang disarankan doktor.


Katanya, Kementerian Kesihatan telah memberi gambaran tidak tepat dengan menyatakan panel doktor tidak pernah menyarankan fisioterapi intensif kepada Datuk Seri Anwar sebaliknya menyarankan beberapa senaman diajar oleh pakar fisioterapi yang mana ia boleh diamalkan sendiri oleh Datuk Seri Anwar dari dalam penjara.


"Kenyataan ini amat mengejutkan, tidak bertanggungjawab dan adalah sebuah pembohongan apabila menyatakan fsioterapi intensif tidak pernah disarankan oleh doktor.


"Pakar ortopedik sangat mengesyorkan rawatan fisioterapi intensif dari permulaan dan telah memberikan rawatan tersebut sepanjang beliau berada di hospital," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.


Beliau merujuk laporan oleh Doktor Pakar Sukan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Arshad Puji dan Pakar Bedah Ortopedik HKL Datuk Dr Fazir Mohamad, masing-masing bertarikh 10 dan 13 Julai 2015 yang menunjukkan fisioterapi insentif mendapat hasil memberangsangkan untuk Anwar.


Ahli Parlimen Subang itu berkata tidak timbul isu mengenai pilihan pembedahan yang sesuai untuk Datuk Seri Anwar seperti yang dinyatakan kementerian kerana pakar ortopedik bebas telah mengesahkan laporan doktor HKL dengan menyatakan bahawa rawatan fisioterapi dan insentif betul akan mencegah kemerosotan otot pada tendon yang koyak dengan cepat.


"Ini telah menyebabkan beliau mengalami kesakitan yang teruk dan akan memberikan kesan jangka panjang kepada beliau.


"Penafian ini merupakan satu bentuk seksaan, bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia," katanya.


Selain menggesa kementerian memperjelas dan memperbetulkan semula kenyataannya berhubung kesihatan Datuk Seri Anwar, beliau juga menuntut bekas timbalan perdana menteri itu dibawa ke hospital tiga hari seminggu untuk menerima rawatan.


Katanya, langkah ini pernah diberikan kepada Datuk Seri Anwar semasa ditahan pada kali pertama pada 1998 hingga 2004.


"Tidak ada sebab mengapa ia tidak boleh dilakukan sekarang," katanya. - mStar Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >