Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taiwan bantah Armenia usir suspek penipuan ke China

Sep 08, 2016 | 11:21 AM



TAIPEI/BEIJING: Pemerintah Taiwan membantah selepas pemerintah Armenia mengusir ke China 78 warga Taiwan yang disyaki dalam kes penipuan telekom.

Ia kemaharan terkini dalam ketegangan antara China dan Taiwan mengenai pengusiran warga pulau itu.

Taiwan marah terhadap beberapa insiden tahun ini di mana negara di seluruh dunia, termasuk Kenya, Kemboja dan Malaysia, mengusir warganya yang dikehendaki atas dakwaan penipuan ke China, dan bukan ke Taiwan.

China menganggap Taiwan sebahagian daripada wilayahnya, dan kebanyakan negara mempunyai hubungan diplomatik dengan Beijing berbanding Taipei dan secara rasmi mengakui Taiwan sebahagian daripada China.

Agensi berita Xinhua kendalian China berkata pada lewat Rabu (7 Sep) polis Armenia telah "menghantar pulang 129 suspek penipuan telekomunikasi China, termasuk 78 dari Taiwan" ke China.

Suspek ditahan apabila polis Armenia menyerbu enam lokasi pada 20 Ogos, merampas sejumlah besar peralatan, termasuk komputer dan telefon pintar, kata Xinhua.

Kementerian Keselamatan Awam China menghantar satu pasukan ke Armenia untuk menangani isu itu pada 26 Ogos, menurut laporan tersebut.

Majlis Ehwal Tanah Besar Taiwan, badan penggubal dasar mengenai China pulau itu, berkata ia telah melahirkan rasa kesal dan bantahan kuat kepada China berkaitan tindakan tersebut.

China telah berkata sebelum ini ia ada hak mengekstradisi orang-orang itu kerana mereka disyaki menipu warga China dan menyebabkan kesusahan besar dan bahaya.

Xinhua berkata suspek "secara palsu memapar diri mereka sebagai pegawai penguatkuasa undang-undang bagi memeras wang daripada penduduk di tanah besar China melalui panggilan telefon".

Mereka menipu lebih 7 juta yuan ($1.4 juta), katanya.

China telah memaklumkan Taiwan mengenai kes tersebut, kata Xinhua. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >