Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taiwan kerah jet, kapal perang lepas armada China masuki selat

Jan 11, 2017 | 11:08 AM



TAIPEI: Taiwan mengerahkan dengan tergesa-gesa jet dan kapal tentera lautnya pada Rabu (11 Jan) apabila sekumpulan kapal perang China, diketuai sebuah kapal induk pesawat, belayar ke utara melalui Selat Taiwan.



Ini tanda terbaru ketegangan yang memuncak antara Beijing dan Taiwan, yang dianggap China sebagai sebahagian daripada wilayahnya.



Ia juga menyusuli tindakan Jepun dan Korea Selatan mengerahkan dengan tergesa-gesa jet masing-masing pada Isnin (9 Jan) apabila dua negara itu mengesan pesawat perang China terbang di ruang udara selat yang membahagikan dua negara jiran itu.



Pesawat China itu tidak melanggar ruang udara Jepun, tetapi terbang dalam zon pengenalan pertahanan udara (Adiz) Korea Selatan, lapor South China Morning Post, memetik Kementerian Pertahanan Jepun.



Satu sumber pemerintah yang tidak dinamakan memberitahu agensi berita Yonhap bahawa jet Korea Selatan menghantar isyarat amaran kepada pesawat China itu dan tentera udara menyampaikan mesej amaran kepada pihak China.



Kapal induk pesawat Liaoning buatan Soviet itu, dalam pelayaran pulang daripada latihan di Laut China Selatan, juga tidak menceroboh perairan Taiwan tetapi memasuki Adiz negara itu di barat daya, kata kementerian pertahanan Taiwan.



Lantas, Taiwan mengerahkan jet dan kapal tentera laut untuk "meninjau dan mengawal" pelayaran kapal China melalui selat sempit yang memisahkan Taiwan dan China itu.



"Pesawat dan kapal tentera Taiwan dikerahkan untuk mengekori kumpulan kapal induk itu, yang belayar ke sebelah barat garis median selat itu," kata jurucakap kementerian pertahanan Taiwan, Encik Chen Chung-chi.



China berkata kapal induk itu dalam latihan untuk menguji senjata dan peralatan di Laut China Selatan, yang dipertikai, dan pergerakannya mematuhi undang-undang antarabangsa.



China mencurigai Presiden Taiwan, Cik Tsai Ing-wen, dan telah meningkatkan tekanan ke atas beliau berikutan panggilan telefonnya kepada bakal presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, untuk mengucapkan tahniah kepada beliau pada Dis.



Tindakan Encik Trump menerima panggilan Cik Tsai melanggar protokol lama antara Amerika dan China, membuat Beijing marah.



Beijing mengesyaki Cik Tsai mahu mendesak kemerdekaan rasmi bagi Taiwan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >