Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Taiwan lapor 206 kes Covid-19 baru dalam masyarakat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Taiwan lapor 206 kes Covid-19 baru dalam masyarakat

May 16, 2021 | 06:13 PM

TAIPEI: Taiwan melaporkan 206 kes jangkitan baru dalam masyarakat pada Ahad (16 Mei) sedang negara itu bergelut dengan bilangan kes masyarakat yang meningkat.

Ia malah telah memohon kepada penduduk agar mengelakkan daripada membeli barangan seperti mi segera dan kertas tandas secara panik dalam kekangan pada perhimpunan awam dan pergerakan berkuatkuasa bagi membasmi penularan Covid-19 buat masa ini.

Taiwan telah mempertingkat tahap berjaga-jaga di ibu negerinya Taipei dan kota sekeliling pada Sabtu (15 Mei) dengan mengenalkan perintah had pergerakan selama dua minggu yang akan menyaksikan penutupan beberapa lokasi perkhidmatan serta membataskan perhimpunan.

Sedang jumlah keseluruhan jangkitan sejak pandemik bermula kekal rendah di Taiwan pada 1,475 kes, peningkatan bilangan jangkitan dalam masyarakat mengejutkan penduduk di negara ini yang sudah terbiasa dengan kehidupan harian tanpa perintah berkurung sepenuhnya. - Reuters

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3