Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taiwan ujar kapal tangkap ikannya ditembak di perairan Indonesia

Mar 22, 2016 | 03:08 PM



TAIPEI: Taiwan berkata pada Selasa (22 Mac) ia sedang menyiasat dakwaan bahawa kapal Indonesia mengejar dan menembak dua bot nelayan Taiwan di Selat Melaka, sambil memberi amaran kepada Jakarta bahawa keganasan di laut tidak boleh diterima.

Insiden itu dikatakan berlaku hanya beberapa hari selepas Indonesia menahan kru sebuah bot Cina yang disyaki menangkap ikan secara haram di perairan Laut China Selatan, mencetuskan ketegangan dengan Beijing.

Agensi penangkapan ikan Taiwan berkata dua kapal rawai penangkap ikan tuna sedang melalui perairan Indonesia pada awal Isnin apabila dipercayai ia dikejar dan ditembak oleh sebuah kapal rasmi.

Kementerian Luar Taiwan telah meminta wakilnya di Jakarta menyiasat dakwaan tersebut dan menentukan apakah kapal pemerintah Indonesia terlibat.

Perdana Menteri Taiwan, Encik Chang San-cheng, kata pihak berkuasa mengesyaki kapal lanun terbabit, tetapi mungkin sebuah bot pemerintah harus dipersalah kerana pertembungan itu.

"Walaupun ia zon ekonomi Indonesia, bot kami boleh lalu tanpa melakukan kerosakan, jadi ada banyak perkara yang perlu dijelaskan," katanya pada Selasa.

"(Indonesia) tidak sepatutnya menggunakan cara ganas terhadap bot kami walaupun bot itu telah melibatkan diri dalam penangkapan ikan secara haram... Saya ingin menyatakan bahawa cara ganas seperti ini tidak boleh diterima," katanya.

Agensi Taiwan itu berkata salah sebuah bot itu mempunyai lebih 10 bekas tembakan. Anak kapalnya yang seramai 20 orang selamat dan kapal tersebut kini dalam perjalanan ke Singapura untuk penilaian kerosakan.

Kementerian luar dan kementerian perikanan Indonesia berkata mereka sedang menyiasat kejadian itu, tetapi tidak mempunyai apa-apa maklumat.

Jakarta menyampaikan bantahan marah kepada Beijing pada Isnin selepas pengawal pantai China campur tangan sedang kapal peronda Indonesia cuba menahan sebuah bot menangkap ikan China berhampiran Kepulauan Natuna di Laut China Selatan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >