Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tak pulang lepas beraya

Jun 24, 2019 | 12:29 PM



SELANGOR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Puncak Alam, Selangor, untuk beraya, semalam.



Menurut laporan media Malaysia, kehilangan kanak-kanak itu, Syafiqah Farhan’ie Mohd Norhisyam, disedari kakak mangsa yang memaklumkan kejadian itu kepada ibu mereka, 9 malam tadi.



Ibu mangsa, Farihah Mat Salleh, 36, berkata anak bongsu daripada tiga beradik itu yang tinggal bersama ibu saudaranya di Puncak Alam ada memaklumkan mahu beraya bersama dua rakannya.



“Kakaknya (anak kedua Farihah) ada memaklumkan Syafiqah keluar untuk beraya bersama dua rakannya kira-kira jam 1 tengah hari, semalam.



“Namun, sehingga jam 9 malam tadi, dia masih belum pulang menyebabkan kakaknya menghubungi saya untuk memaklumkan mengenai perkara itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Farihah berkata, sebelum kehilangan Syafiqah semalam, anaknya itu juga ada pergi beraya, kelmarin, namun pulang ke rumah jam 5 petang.



“Setiap hari dia akan pulang ke rumah paling lewat jam 6 petang. Tidak pernah dia tidak pulang ke rumah.



“Malah ketika keluar semalam, dia tidak membawa apa-apa termasuk telefon bimbit kerana Shafiqah tidak memilikinya,” katanya yang memaklumkan anaknya tinggal bersama makcik mereka sejak tahun lalu.



Dia yang bekerja sebagai pengurus sebuah restoran di Bukit Jalil, memaklumkan sudah cuba mendapatkan maklumat daripada ibu bapa rakan anaknya yang lain menerusi kumpulan sembang WhatsApp.



“Namun, tiada ibu bapa rakannya yang lain mempunyai maklumat mengenai keberadaan Shafiqah. Malah, saya sendiri masih mencari ibu bapa dua kanak-kanak yang dikatakan keluar beraya bersamanya.



“Selain memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah, saya juga sudah mencari di kawasan sekitar Puncak Alam, namun gagal menemuinya,” katanya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >