Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Takiyuddin: Tidak timbul isu Muhyiddin hilang sokongan majoriti

Dec 11, 2020 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan terus mendapat sokongan dan kepercayaan Ahli Parlimen, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan.



Disebabkan itu, kerajaan tidak akan mendahulukan usul tidak percaya yang cuba dikemukakan ke atasnya.



Ini, kata Datuk Takiyuddin, jelas dinyatakan semasa pembentangan Belanjawan 2021 yang diluluskan di peringkat dasar.



Akhbar The Malay Mail dalam laporannya semalam menukil beliau sebagai menyatakan, meskipun ada 25 usul undi tidak percaya dan dua usul undi percaya yang disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat mengikut Peraturan Mesyuarat 26(1) dan 27(3), ia bukanlah merupakan sesuatu usul yang perlu disegerakan.



"Saya suka menjelaskan bahawa kita tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 14 dan 15. Peraturan Mesyuarat 15(1) dengan jelas menyatakan urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain memandangkan tidak ada langsung bentuk yang menggambarkan Yang Berhormat Pagoh hilang kepercayaan.



"Kerajaan berpandangan usul-usul ini merupakan satu usul yang melibatkan sesuatu yang tertentu dan kepentingan orang ramai, saya percaya dewan menganggap itu bukan satu perkara yang perlu disegerakan. Oleh sebab itu, usul-usul ini kekal di dalam Aturan Urusan Mesyuarat tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 14 dan 15," kata beliau.



Datuk Takiyuddin menyatakan demikian sebagai jawab soalan Encik Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang ingin tahu bilakah 25 usul undi tidak percaya dan dua usul undi percaya akan dibentangkan, dibahas dan diundi pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.



Bagaimanapun, Datuk Takiyuddin berkata, tiada halangan kepada mana-mana pihak untuk menunjukkan sokongan kepada mana-mana individu dalam kalangan ahli Dewan Rakyat untuk menjadi perdana menteri.



Beliau berkata, kerajaan terbuka dan akur sekiranya ada mana-mana Ahli Parlimen yang boleh mengemukakan akuan bersumpah kepada Yang di-Pertuan Agong kerana menganggap ia sebagai satu proses demokrasi di negara ini.



Percaturan politik antara kedua-dua pihak - perikatan parti kerajaan dan pakatan pembangkang - dilihat bukan keutamaan Tan Sri Muhyiddin apabila beliau semalam mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Pekerjaan Negara atau National Employment Council (NEC) secara maya.



"NEC dibentuk bagi merealisasikan strategi menjana dan mengekalkan pekerjaan selaras dengan matlamat pertama Belanjawan 2021 iaitu 'Kesejahteraan Rakyat'.



"NEC merupakan majlis tadbir urus tertinggi dalam penetapan dasar, pelaksanaan serta pemantauan strategi dan inisiatif Kerajaan khusus dalam mencapai sasaran mencipta lebih banyak peluang pekerjaan serta menangani isu pengangguran," ujarnya dalam kenyataan di Facebook beliau petang semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >