Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Taleban bunuh pegawai polis kanan terkenal di Pakistan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Taleban bunuh pegawai polis kanan terkenal di Pakistan

Jan 10, 2014 | 02:09 PM

ISLAMABAD: Seorang pegawai polis kanan Pakistan yang terkenal kerana pendirian tegasnya terhadap penjenayah dan anggota militan telah terbunuh dalam satu letupan bom kereta di bandar Karachi semalam.

Serangan itu dilancarkan oleh kumpulan Taleban yang menyifatkan kematian mangsa, Superintenda Chaudhry Aslam sebagai "satu kemenangan besar."

Perdana Menteri, Encik Nawaz Sharif telah mengutuk serangan yang turut mengorbankan tiga lagi anggota pegawai itu.

Menurut saksi, sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan telah melanggar kereta yang dinaiki para mangsa sebelum ia meletup.

Pada pagi itu, unit pasukan pimpinan Encik Aslam telah membunuh tiga suspek yang disyaki anggota Taleban.

Encik Aslam yang sebelum ini diberi julukan "pegawai polis paling tegas di Pakistan" oleh media setempat merupakan seorang personaliti yang terkenal di negara itu dan pernah menjadi sasaran serangan Taleban sebelum ini. - Reuters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3