Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Taleban jamin tidak akan balas dendam terhadap 'lawan'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

KRISIS DI AFGHANISTAN

Taleban jamin tidak akan balas dendam terhadap 'lawan'

Aug 19, 2021 | 05:30 AM

KABUL: Kumpulan Taleban yang kini menguasai kembali Afghanistan, memberi jaminan tidak akan membalas dendam terhadap 'lawan' dan penentang mereka.

Jurucakap Taleban, Encik Zabihullah Mujahid, berkata pemerintah baru Taleban kali ini akan sangat berbeza daripada rejim zaman 1996-2001, yang terkenal melaksanakan hukuman rejam dan melarang wanita bekerja dalam persekitaran bersama lelaki.

"Semua yang menentang akan diampuni dari 'A hingga Z'. Kami tidak akan membalas dendam," kata Encik Zabihullah kepada wartawan, kelmarin.

Pengumuman itu dibuat selepas kepulangan pengasas bersama Taleban, Encik Mullah Abdul Ghani Baradar, ke Afghanistan selepas digulingkan Amerika Syarikat hampir 20 tahun lalu.

Taleban kembali berkuasa di Afghanistan selepas Presiden Joe Biden kekal dengan keputusan mengundurkan tentera Amerika di negara itu mulai September ini.

Encik Zabihullah berkata sebuah pemerintah akan segera dibentuk tetapi tidak memberikan butiran lanjut, sebaliknya berkata ia sedia berunding dengan semua pihak.

Katanya, mereka beriltizam membenarkan wanita bekerja, sesuai dengan prinsip Islam tanpa memberikan butiran lanjut.

Sementara itu, di Kabul, kedai terus dibuka dan Taleban memberitahu kakitangan pemerintah supaya kembali bekerja, namun penduduk kelihatan amat berhati-hati manakala beberapa wanita dilihat berada di jalanan.

Puluhan ribu penduduk Afghanistan dilaporkan berusaha keluar dari negara itu untuk menyelamatkan diri daripada pemerintahan kumpulan tersebut.

Mereka bimbang dikenakan hukuman kerana sebelum ini berpihak kepada pemerintah yang mendapat sokongan Barat selama dua dekad lalu.

Jurucakap kumpulan itu di Doha, Encik Suhail Shaheen, memberitahu Sky News Britain yang wanita tidak akan disyaratkan memakai burka yang menutup seluruh wajah, tetapi tidak menjelaskan pakaian dibenarkan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Luar Amerika, Encik Ned Price, berkata negara itu meminta Taleban berpegang kepada janji itu serta menghormati hak warganegara mereka. Taleban mula bertindak dengan menghidupkan semula ibu negara Afghanistan selepas mengambil alih Kabul dan memberitahu kakitangan awam agar kembali bekerja.

Bagaimanapun, penduduk tetap berhati-hati dan hanya beberapa wanita keluar ke jalanan.

Taleban berusaha menonjolkan suasana pemerintahan sederhana termasuk mengumumkan pengampunan umum untuk kakitangan awam.

"Mereka yang bekerja di mana-mana bahagian atau jabatan pemerintah harus menjalankan tugas mereka dengan penuh kepuasan dan meneruskan tugas tanpa rasa takut," menurut Taleban dalam satu kenyataan.

Beberapa kedai juga dibuka ketika polis trafik kembali ke jalanan, sementara pegawainya merancang pertemuan diplomatik pertama dengan duta besar Russia.

Seorang pegawai Taleban juga diwawancara dengan seorang wartawan wanita di saluran berita Afghanistan.

Namun, sekolah dan universiti masih ditutup, beberapa wanita secara terbuka keluar ke jalanan dan lelaki menggantikan pakaian Barat kepada pakaian tradisional.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan masyarakat antarabangsa mesti memastikan Afghanistan tidak menjadi tempat melahirkan pengganas.

"Dunia sedang memerhatikan," kata Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres.

Kumpulan Taleban menguasai negara itu Ahad lalu dengan Presiden Ashraf Ghani melarikan diri ke Tajikistan dan pemberontak masuk ke Kabul tanpa tentangan.

Penguasaan Taleban berlaku selepas Presiden Amerika menarik balik tenteranya dari negara itu, dengan tanggapan salah bahawa tentera Afghanistan dengan dana dan latihan berbilion dolar Amerika cukup kuat untuk melawan Taleban.

Encik Biden mengecam pemerintahan Encik Ashraf dan menegaskan beliau tidak menyesal dan menekankan pasukan Amerika tidak dapat mempertahankan negara yang pemimpinnya "menyerah dan melarikan diri".

"Kami memberi mereka sepenuh peluang untuk menentukan masa depan mereka sendiri tetapi kami tidak dapat memberikan mereka kehendak untuk memperjuangkan masa depan itu.

"Pasukan Amerika tidak boleh dan tidak akan berperang dalam perang yang mengorbankan nyawa di mana pasukan Afghanistan sendiri tidak melakukannya," katanya. - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3