Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taman asuhan, surau runtuh masuk sungai

Jun 10, 2016 | 05:30 AM



KUCHING: Sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) dan surau di Sekolah Kebangsaan Kampung Buda, di Spaoh, Betong, Sarawak, hanyut ke dalam sungai selepas tebingnya runtuh pagi kelmarin.



Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, Encik Farhan Sufyan Borhan, berkata kejadian tanah runtuh itu dipercayai berlaku antara 2 hingga 3 pagi.



Susulan itu, kereta bomba dengan lapan anggota dikerah ke tempat kejadian sejurus mendapat panggilan kecemasan pada 4.05 pagi. Menurutnya, tiada kecederaan dilaporkan.



"Aliran arus sungai yang deras dari hulu dipercayai punca awal berlaku tanah runtuh dan pihak bomba telah memulakan langkah keselamatan bagi memastikan tiada perkara buruk berlaku.



"Selain taska dan surau, sebahagian dari kelas di sekolah berkenaan juga turut terjejas dan tidak selamat digunakan," katanya kepada Astro Awani semalam.



Tambahnya, pasukan bomba mengambil masa hampir satu jam untuk tiba di tempat kejadian berikutan lokasi terletak 58 kilometer dari Betong.



Sementara itu, Ahli Parlimen Betong yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pihaknya serta Ahli Dewan Undangan Negeri Saribas, Encik Razi Sitam akan ke lokasi kejadian untuk meninjau situasi kejadian dan akan mengambil tindakan dengan segera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >