Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Tan Sri Khalid Ibrahim terima keputusan PAS

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Tan Sri Khalid Ibrahim terima keputusan PAS

Aug 17, 2014 | 04:42 PM

KUALA LUMPUR : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Agama SeMalaysia (PAS) hari ini untuk mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali, bagi menggantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

Sehubungan itu, Tan Sri Abdul Khalid berkata, beliau akan memohon mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memberi nasihat berhubung langkah seterusnya.

"Sehingga Duli Yang Maha Mulia Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor bersama empat ahli dewan undangan negeri PAS akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor.

"Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang. Insya Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - BHM

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3