Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tanah runtuh di kem pelarian Rohingya menyebabkan seorang maut

Jul 08, 2019 | 07:40 AM



DHAKA: Tanah runtuh akibat hujan lebat di kem pelarian Rohingya di Bangladesh telah mengorbankan seorang mangsa dan menyebabkan lebih 4,500 lain hilang tempat tinggal, menurut pihak berkuasa bantuan semalam.



Kira-kira 35 sentimeter hujan turun dalam tempoh 72 jam sebelum tanah runtuh berlaku kelmarin di kem sekitar Cox’s Bazar yang menempatkan lebih 900,000 minoriti Islam Rohingya yang lari dari Myanmar itu, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).



Sebanyak 26 kejadian tanah runtuh dilaporkan di kem sementara yang dibina di kaki bukit berhampiran sempadan Myanmar. Pokok dicabut untuk membina pondok dan kayu api, menyebabkan bentuk muka bumi tidak stabil.



Pegawai agensi pelarian PBB, Areez Rahman berkata, kira-kira 30 kem setinggan itu terjejas akibat ribut. Seorang wanita berusia 50-an maut akibat ditimpa dinding yang runtuh, katanya kepada AFP.



Seorang pelarian, Nur Mohammad, 40-an, yang tinggal di kem utama Kutupalong berkata, 12 saudaranya melarikan diri dari pondok tarpaulin di kaki bukit dan berlindung dengannya.



“Rumah saya sudah terlebih sesak. Saya bimbang bagaimana saya mahu memberi mereka makan,” katanya.



Pihak berkuasa berkata, kira-kira 5,000 pelarian yang terkandas di kawasan di tengah Bangladesh dan Myanmar juga terjejas akibat cuaca buruk.



“Kanak-kanak mengalami cirit-birit dan kami tidak cukup air minum,” kata ketua kem Dil Mohammad. -AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >