Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tanah runtuh di lebuh raya Karak, kenderaan tertimbus

Nov 12, 2015 | 10:47 AM



KUALA LUMPUR: Hujan lebat menyebabkan tanah runtuh, dengan air, lumpur dan pokok membanjiri ke sebahagian lebuh raya utama yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Kuantan, pada petang Rabu (11 Nov).


Laporan media mengatakan sekurang-kurangnya empat kereta terperangkap dalam tanah runtuh itu tetapi tiada laporan kecederaan setakat ini.


Tanah runtuh itu berlaku pada 6.45 petang di lebuh raya Karak dekat kawasan Bukit Tinggi, kira-kira beberapa kilometer dari jalan susur keluar ke Genting Highlands.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang memberitahu akhbar The Straits Times kejadian tersebut "agak jauh" dari jalan Genting itu, jadi mereka yang turun dari pusat peranginan itu untuk ke Kuala Lumpur tidak terjejas.


Pihak berkuasa menutup semua empat lorong berhampiran penanda 52.4 kilometer lebuh raya di Bukit Tinggi itu, kerana jengkaut dan kakitangan menyelamat bekerja untuk membersihkan runtuhan dan menjalankan kerja menyelamat.


Lebuh raya Karak melalui kawasan gunung dan merupakan jalan utama yang digunakan kebanyakan pemandu untuk memandu dari Kuala Lumpur ke Kuantan dan bahagian lain di negeri-negeri pantai timur.


Perjalanan sehala antara Kuala Lumpur dan Kuantan mengambil masa kira-kira tiga jam.


Penutupan lebuh raya itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh beberapa kilometer. Polis memberitahu pengguna jalan raya supaya menggunakan lencongan berpuluh-puluh kilometer jauhnya, atau menangguhkan perjalanan mereka.


Lembaga Lebuh Raya Malaysia berkata dalam pos di Twitter: "Semua lorong tersekat, trafik terhenti. Tangguhkan perjalanan anda."


Jurucakap Jabatan Bomba Pahang berkata walaupun sebuah lori, dua kereta dan dua pacuan empat roda tertimbus di dalam lumpur, pemandu dan penumpang kenderaan tersebut berjaya menyelamatkan diri.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Mansor Mohd Nor, memberitahu akhbar The Star tiada laporan kehilangan nyawa setakat ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >