Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tanda tanya apakah wang dibayar bagi bebaskan 4 tebusan Abu Sayyaf

Jun 17, 2016 | 09:44 AM



KUALA LUMPUR: Pertanyaan dibangkitkan apakah wang tebusan dibayar bagi melepaskan empat rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf di selatan Filipina.



Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan pada Khamis (16 Jun) tiada wang tebusan dibayar, tetapi mengatakan RM12 juta ($4 juta) yang dikumpulkan oleh keluarga mangsa dan orang ramai disumbang kepada "pertubuhan-pertubuhan tertentu" di Filipina.



Beliau enggan menamakan pertubuhan-pertubuhan itu atau menjelaskan mengapa wang tersebut disalurkan kepada mereka.



Beberapa ahli keluarga mangsa berkata mereka fikir wang itu dimaksudkan sebagai wang tebusan, dan ia diserahkan kepada polis Malaysia pada 24 Mei.



Tengkarah tersebut timbul sedang Malaysia dan Filipina menyiasat laporan bahawa empat lagi rakyat Malaysia diculik di selatan Filipina.



Dan kebimbangan meningkat mengenai keselamatan seorang lelaki Norway dan seorang wanita Filipina yang masih menjadi tebusan Abu Sayaf.



"Saya boleh mengesahkan bahawa RM12 juta yang diserahkan kepada (polis) Cawangan Khas telah diberi sebagai satu bentuk sumbangan kepada pertubuhan-pertubuhan tertentu di Filipina," kata Datuk Seri Zahid pada Khamis, sebagaimana ditukil akhbar The Star



Berita Harian Malaysia memetik beliau sebagai berkata di Putrajaya: "Wang yang dikumpul itu adalah daripada derma awam dan jualan aset, dan saya boleh mengesahkan ia disalurkan bukan sebagai wang tebusan, tetapi kepada sebuah badan di Filipina yang membantu dalam perjuangan Islam. Badan itu tidak ada kaitan dengan pengganas atau penjenayah."



Rakyat Malaysia yang diculik pada 1 April itu dibebaskan pada 7 Jun selepas rundingan panjang dengan pengganas Abu Sayyaf. Kumpulan militan Filipina itu dikenali kerana menculik orang untuk wang tebusan.



Empat tebusan itu ialah adik-beradik Wong Teck Kang, 31 tahun, dan Wong Teck Chii, 29 tahun; sepupu mereka, Encik Johnny Lau Jung Hien, 21 tahun; dan Encik Wong Hung Sing, 34 tahun.



Mereka diculik dari sebuah bot tunda yang sedang belayar antara Filipina dan Sarawak.



Ke mana pergi wang itu menjadi kebimbangan keluarga mereka.



Bapa saudara salah seorang tebusan itu, Datuk Lau Cheng Kiong, berkata dalam satu sidang media di Sarawak pada Rabu (15 Jun): "Wang itu daripada sumbangan orang ramai. Kami tidak berhak menyimpannya. Mereka yang mahu penjelasan lanjut boleh bertanya polis."



Beliau berkata daripada jumlah itu, RM9 juta disumbang oleh individu, RM1 juta datang daripada gadai janji dua rumah keluarganya dan baki RM2 juta daripada syarikat perkapalan majikan empat lelaki tersebut.



Malaysia berkata selama ini bahawa ia tidak membayar wang tebusan kepada Abu Sayyaf apabila rakyatnya diculik.



Sementara itu, pihak berkuasa Filipina dan Malaysia berkata pada Khamis mereka sedang cuba mengesahkan laporan bahawa empat rakyat Malaysia diculik di Sabah dan dibawa ke Pulau Sulu pada pagi Khamis.



Rangkaian media ABS-CBN di Filipina memetik pengarah polis Tawi-Tawi, Encik Joselito Salido, berkata sekumpulan suspek tidak dikenali dikatakan membawa tawanan ke Pulau Sulu.



Tetapi jurucakap Ketumbukan Mindanao Barat, Major Filemon Tan, berkata dalam satu teks mesej "tiada kejadian penculikan diketahui atau dilaporkan" hingga 5 petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >