Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tangan kanak-kanak tersepit di eskalator di Melaka

Jun 17, 2016 | 05:30 AM



AYER KEROH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera di tangan selepas tersepit pada ekskalator (gambar) di sebuah pasar raya besar di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, malam kelmarin.



Kejadian 10 malam itu menyebabkan Iman Sumaiyah Masri luka tangan kanannya akibat tersepit di bahagian pemegang eskalator terbabit.



Difahamkan, mangsa bersama keluarganya menggunakan eskalator untuk ke aras satu pasar raya berkenaan bagi membeli barangan keperluan Aidilfitri.



Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba Ayer Keroh, Encik Ashraf Abdullah, berkata:



"Tangan kanak-kanak perempuan itu dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan mesin hidraulik dalam tempoh lima minit dan operasi selesai pada 10.12 malam. Mangsa luka ringan di tangan dan dihantar ke Hospital Pantai Ayer Keroh bagi mendapatkan rawatan lanjut."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >