Tarikan pelancong baru di Bali, pulau dekat S'pura
Sebahagian usaha Indonesia tambah jumlah pelawat menjelang 2020
Jun 25, 2015 | 05:30 AM
JAKARTA: Indonesia akan memberi tumpuan kepada Bali dan pulau-pulau berhampiran Singapura dan bukannya membangunkan tempat-tempat baru yang lebih terpencil, sedang ia berusaha menarik lebih seganda pelancong asing menjelang 2020.
Bajet pemasaran pemerintah Indonesia telah naik empat kali ganda kepada 1 trilion rupiah ($100.6 juta) tahun ini, yang mencerminkan komitmen Presiden Joko 'Jokowi' Widodo kepada industri pelancongan, kata Menteri Pelancongan, Encik Arief Yahya, dalam temu ramah dengan agensi berita Bloomberg.