Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tarikh bubar Parlimen bergantung kepada mesyuarat 'Top 5' pada Jumaat: Ismail Sabri

Sep 27, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semakin kencang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum membuat keputusan bila beliau akan membubarkan Parlimen.



Perdana Menteri Malaysia itu berkata sebarang keputusan mengenai tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada perbincangan dalam kalangan pemimpin tertinggi Umno pada 30 September ini.



"Pada 30 hari bulan, petang ada (mesyuarat) Top 5 dan biro politik, malam ada MT (Mesyuarat Tertinggi). Jadi kita tunggulah," katanya pada sidang media di akhir lawatan kerja empat hari ke Amerika Syarikat.



Datuk Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden Umno, berkata beliau belum mendapat maklumat mengenai agenda mesyuarat MT Umno.



"Saya pun tak tahu apa agenda MT dan sebagainya. Jadi malam tu lah kita akan bincang," katanya.



Top 5 merujuk kepada Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden Umno.



Ditanya sama ada beliau sudah mendapat ilham bila akan membubarkan Parlimen semasa berada di bandar raya ini dan adakah ia semakin dekat, Datuk Ismail Sabri sekadar menjawab "belum lagi."



"Saya berjalan di sekitar Central Park dan kagum dengan bagaimana kawasan hijau seluas 832 ekar di tengah-tengah bandar raya ini dikekalkan dan dipulihara," katanya.



Perdana Menteri berkata, jika di Malaysia, pasti akan ada cadangan di atas meja beliau untuk membangunkan kawasan seumpama itu.



"Saya mendapat inspirasi bagaimana untuk memulihara kawasan hijau kita. Namun untuk pilihan raya, saya tidak dapat apa-apa inspirasi," katanya, sambil tersenyum.



Pada 17 September lalu, Datuk Ismail Sabri dilaporkan berkata tarikh pembubaran Parlimen akan diumumkan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada PRU15.



Media turut melaporkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan parti itu sanggup meredah banjir untuk berkempen sekiranya Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen pada akhir tahun ini yang mungkin banjir di beberapa tempat akibar musim monsun hujung tahun.



Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, pula menjangka PRU15 akan diadakan di antara Oktober dengan Disember tahun ini.



Namun tarikh pilihanraya masih menjadi perbahasan di kalangan ahli politik Malaysia dan menganggap PRU15 pada musim tengkujuh akan menyusahkan orang ramai dan perbelanjaan agensi kerajaan.



Pada Sabtu lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mencadangkan supaya PRU15 diadakan selepas musim banjir bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini terhadap pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka.



Beliau berkata selain mengambil kira faktor keselamatan, bencana banjir juga menyukarkan pergerakan pengundi.



Sementara itu, Presiden Parti Keadilan rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjangkakan PRU15 bakal diadakan tahun hadapan.



Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, lebih baik PRU15 diadakan selepas keadaan terkawal susulan jangkaan banjir besar hujung tahun ini.



Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, kelmarin menyatakan bahawa perlaksanaan PRU pada musim banjir adalah tidak sesuai.



Menurutnya, tindakan itu hanya akan membawa mudarat yang lebih besar termasuk bebanan yang dipikul oleh anggota penguatkuasa dan pelaksana seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >