Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tarikh pilihan raya Melaka akan dibincang

Susuli bubarnya Dewan Undangan Negeri Melaka
Oct 07, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan tarikh pilihan raya Melaka, menyusuli pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.



Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata berdasarkan undang-undang sedia ada, pilihan raya itu akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran.



Beliau memberitahu pihaknya menerima notis pembubaran itu pada 4 Oktober lalu.



Pembubaran DUN itu menyusuli langkah empat Ahli DUN (Adun) daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas mengumumkan hilang kepercayaan, sekali gus menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.



Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang); Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor); Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas); dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).



Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau bimbang kemungkinan berulangnya penularan Covid-19 di Melaka seperti yang berlaku selepas pilihan raya Sabah.



"Media sosial saya dibanjiri dengan komen mengenai kebimbangan bahawa pilihan raya negeri di Melaka boleh mengakibatkan sesuatu yang serupa dengan Sabah.



"Kerana pilihan raya Sabah, kita melihat bagaimana kes Covid-19 meningkat," katanya kepada pemberita kelmarin.



Namun jika pilihan raya perlu diadakan, beliau yakin pihak SPR akan mengadakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.



"Kami juga akan membincangkan hal ini dengan Kementerian Kesihatan," katanya.



Beliau yang juga naib presiden Umno berkata akan menyerahkan isu pilihan raya Melaka kepada presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Sementara itu, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata parti itu akan mempertimbang kerjasama dengan parti lain dalam menghadapi pilihan raya Melaka.



Namun, kepimpinan Barisan Nasional (BN) pusat akan memberi keputusan muktamad untuk Umno Melaka mencari kesepakatan dengan parti lain.



"Kita belum putuskan lagi sama ada nak bekerjasama dengan siapa. Tetapi yang penting kita mestilah bersiap sedia menyiapkan jentera parti.



"Itu terpulang kepada (BN) Melaka dan Melaka akan mencadangkan ke peringkat Pusat sebab negeri tak boleh buat keputusan sendiri. Ia mesti diluluskan dan mendapat kebenaran dari BN pusat. Kalau kita kata okay, bolehlah," katanya.



Sementara itu, dua Adun Melaka daripada Umno - Datuk Idris dan Datuk Nor Azman - yang menarik balik sokongan kepada kerajaan Melaka dilaporkan bakal menyertai parti gabungan Pakatan Harapan (PH). - The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >