Taufan ‘Mangkhut’: Dua maut di Filipina, seorang di Taiwan

TUGUEGARAO (Filipina): Taufan Mangkhut  – ribut terbesar tahun ini – memukul Filipina pada Sabtu (15 Sep), mengakibatkan korban pertamanya apabila dua wanita terbunuh ketika lereng bukit yang dibasahi  hujan runtuh menimpa mereka sementara seorang lagi lemas di Taiwan.

Taufan itu meninggalkan kemusnahan apabila ia menyerang hujung utara pulau Luzon, mengancam nyawa dan rumah kira-kira empat juta orang.

“Angka ini akan bertambah,” kata Encik Ricardo Jalad, ketua pejabat pertahanan awam kebangsaan, kepada pemberita, yang merujuk kepada jumlah kematian.

Sedang taufan itu meninggalkan Filipina dan menuju Hong Kong dan selatan China, pasukan mencari di Filipina mula memeriksa di wilayah-wilayahnya yang dipukul secara langsung.

“Kami percaya terdapat banyak kerosakan,” kata Setiausaha Kebajikan Masyarakat Virginia Orogo sedang beribu-ribu orang mencari perlindungan di tempat perlindungan kecemasan.

Mangkhut membawa angin berteusan sekencang 170 kilometer sejam dan tiupan kuat sehingga 260 kilometer sejam apabila ia meninggalkan Filipina.

Mayat dua wanita itu dikeluarkan dari tanah bukit yang runtuh selepas hujan lebat, kata polis.

Di Taiwan, seorang wanita  dihanyutkan oleh gelombang tinggi yang disebabkan  taufan tersebut,  kata kerajaan.

Presiden  Taiwan, Cik Tsai Ing-wen, memberitahu rakyat  negara itu  supaya   bersedia, walaupun taufan tersebut  tidak dijangka mendarat di pulau tersebut.

“Taufan itu kuat dan walaupun  tidak dijangka mendarat   di Taiwan, kita perlu bersedia dan tidak... mengambil ringan,” tulisnya di Facebook.

 

Waktu Solat

Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
3 HR PSI: 68
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.