CORPUS CHRISTI, TEXAS: Taufan Harvey mula melanda pesisiran Texas kelmarin dengan kelajuan angin melebihi 200 kilometer sejam - ribut paling kuat yang melanda Amerika Syarikat dalam tempoh sedekad.
Taufan itu mencapai kawasan darat antara Port Aransas dengan Port O'Connor sekitar 11 pagi (waktu Singapura semalam) dan dijangka mengakibatkan hujan melebihi 90 sentimeter di sepanjang kawasan pantai Texas dan sebahagian Louisiana selama beberapa hari.