Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taufan Ian landa Florida

Sep 29, 2022 | 03:45 PM



VENICE (Florida): Taufan Ian membadai Pantai Teluk Florida dengan kekuatan dahsyat mulai semalam, mengakibatkan angin menderu, hujan lebat dan gelombang ombak laut berbahaya yang menjadikannya salah satu ribut paling kuat di Amerika Syarikat sejak beberapa tahun lalu.



Bermula di lautan dan kemudiannya mendarat sebagai taufan Kategori empat dengan angin kencang sehingga 150 batu sejam (241 km/j), Ian dengan pantas mengubah pantai indah berpasir dan bandar pesisir pantai menjadi zon bencana yang ditenggelami air laut. 



Imej video awal di televisyen tempatan dan media sosial berkaitan ribut itu menunjukkan banjir menghanyutkan kereta, hampir mencecah bumbung di sesetengah kejiranan dan runtuhan rumah sedang pokok palma membengkok hampir separuh.



Hujan sehingga 30 inci (76 sentimeter) diramal akan turun di bahagian tengah Florida apabila ribut bergerak ke kawasan pedalaman, mengancam menyebabkan banjir kilat yang meluas. 



Hampir dua juta kediaman dan perniagaan di seluruh negeri terputus bekalan elektrik sejam sebelum matahari terbenam, lapor syarikat utiliti.



“Ribut ini banyak berlaku di negeri Florida,” kata Gabenor Ron DeSantis, yang meminta Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, meluluskan pengisytiharan bencana persekutuan utama yang menyediakan pelbagai bantuan kecemasan Amerika ke seluruh negeri.



Pihak berkuasa sempadan Amerika berkata 20 pendatang Cuba hilang selepas bot mereka karam di pantai Florida ketika Ian menghampiri pantai kelmarin.

Tiada laporan rasmi segera mengenai mangsa lain yang berkaitan dengan ribut. - Reuters

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >