Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Dunia

Taufan Lingling badai Korea

Sep 08, 2019 | 07:28 PM

SEOUL - Korea Selatan pada Ahad (8 September) meninjau kesan satu taufan dahsyat yang melanda, tetapi negara itu kelihatan seperti terlepas daripada kerosakan yang meluas.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Keselamatan negara itu berkata dalam satu kenyataan berkata ia kini sedang menjalankan kerja pemulihan ekoran taufan itu.

Menurut laporan agensi berita, taufan itu telah membunuh tiga orang, merosakkan bangunan dan menyebabkan terputusnya kuasa elektrik di sekitar 161,640 rumah.

Taufan Lingling membadai pantai barat Korea Selatan pada Sabtu, sebelum menuju ke Korea Utara.

Seorang wanita, 75 tahun, terbunuh di bandar Boryeong, Korea Selatan, selepas angin kencang meniupnya ke arah sebuah tembok sejauh 30 meter, kata kementerian itu.

Seorang lelaki, 39 tahun, terbunuh di bandar barat Incheon selepas dihempap runtuhan tembok di tempat letak kereta sebuah hospital, manakala seorang warga China, 61 tahun, meninggal dunia di bandar sempadan Paju, selepas terkena serpihan jubin bumbung yang musnah akibat angin kencang.

Pemerintah Korea Selatan berkata pada Sabtu bahawa lebih 15 orang sedang dirawat akibat kecederaan, termasuk sepasang warga tua dari bandar Boryeong, yang cedera selepas bumbung rumah mereka runtuh, lalu terkena mereka. 

Lebih 200 penerbangan tidak dibenarkan berlepas di lapangan terbang di seluruh negara, sementara 38 orang terpaksa dipindahkan dari rumah mereka di bandar Gwangju, berhampiran ibu kota Seoul. - Agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian