Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taufan Rai ragut 375 nyawa sejauh ini

Dec 23, 2021 | 05:30 AM



MANILA: Angka kematian akibat Taufan Rai melanda Filipina melebihi 300 orang semalam dan lebih 500 cedera manakala 50 lagi masih hilang.



Polis Filipina mengesahkan Taufan Rai yang turut dikenali sebagai Odette oleh penduduk setempat kini meragut sekurang-kurangnya 375 nyawa sejak ia melanda kepulauan itu lewat minggu lalu.



Majoriti kematian yang direkodkan adalah di wilayah tengah Visayas, destinasi utama penyelam di wilayah Bohol, antara beberapa destinasi pelancongan paling popular, dan wilayah Caraga di timur laut Mindanao.



Susulan itu, Presiden Rodrigo Duterte mengisytiharkan keadaan bencana di kawasan yang terjejas teruk akibat dilanda Taufan Odette.



Wilayah terbabit adalah Wilayah 4B (Mimaropa, Mindoro, Marinduque, Romblon, Palawan), 6 (Visayas Barat), 7 (Visayas Tengah), 8 (Visayas Timur), 10 (Mindanao Utara), dan 13 (Caraga).



"Pengisytiharan bencana akan mempercepatkan usaha menyelamat dan bantuan serta pemulihan daripada pihak kerajaan dan sektor swasta di wilayah terjejas.



"Ini juga akan menjadi mekanisme berkesan untuk mengawal harga barang dan komoditi di kawasan itu," katanya.



Encik Duterte berkata, Majlis Pengurusan dan Menangani Risiko Bencana Kebangsaan mengeluarkan resolusi mengesyorkan pengisytiharan bencana di kawasan terjejas.



Lebih banyak kematian dijangka dilaporkan ketika operasi menyelamat masih diteruskan.



Namun, pasukan penyelamat berdepan kesukaran untuk pergi ke wilayah terjejas akibat jalan raya dipenuhi serpihan yang musnah, berair manakala perhubungan telefon dan Internet juga terputus.



Lebih 180,800 orang hilang tempat tinggal dan gangguan bekalan elektrik dilaporkan berlaku di lebih 3,000 kawasan di Filipina.



Menurut pihak berkuasa banjir lebih 332,000 penduduk terpaksa dipindahkan selepas Rai melanda Filipina pada 16 Disember yang menyaksikan empat nyawa turut terkorban.



Sebelum bergerak ke Laut China Selatan pada Jumaat, taufan berkenaan melanda kumpulan kepulauan di selatan Filipina dengan kelajuan angin 195 kilometer sejam.



Kebanyakan kawasan terputus bekalan elektrik serta bekalan air bersih, menurut pihak berkuasa setempat.



Pasukan angkatan tentera telah dikerah sejak Isnin lalu bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa.



Tahun ini sahaja 15 taufan telah membadai Filipina namun Taufan Rai yang paling dasyat.



Minggu lepas Encik Duterta mengumumkan bantuan lebih AS$40 juta ($54.6 juta) kepada mangsa. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >