LONDON: Rakyat Britain keluar mengundi semalam untuk memutuskan jika Perdana Menteri Britain, Cik Theresa May, daripada parti Konservatif atau Encik Jeremy Corbyn daripada Parti Buruh yang berhaluan kiri, bakal berunding dengan Brussels dan memeterai satu perjanjian keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).
Pendirian berbeza mereka mungkin menetapkan nada apa yang boleh dijangka Britain dan EU dalam tempoh dua tahun rundingan sukar terhadap segala-galanya - daripada berapa banyak yang perlu dibayar ketika keluar sehinggalah urusan sempadan untuk pendatang, barangan dan perkhidmatan.