Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERTIKAIAN DI LAUT CHINA SELATAN

Tekanan Beijing: Asia Tenggara buntu

Jul 25, 2016 | 05:30 AM



VIENTIANE: Negara-negara Asia Tenggara (Asean) kini menghadapi kebuntuan mengenai cara berdepan ancaman kuasa ketenteraan di Laut China Selatan, sedang tekanan dari Beijing sekali lagi meletakkan baji dalam hubungan baik antara negara anggota mengenai isu keselamatan di perairan paling dipertikaikan itu.



Pertemuan di Vientiane itu adalah yang pertama bagi negara-negara Asean - bersama China dan Amerika Syarikat - secara bersama.



Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik John Kerry, dan Menteri Luar China, Encik Wang Yi, adalah antara delegasi yang menghadiri mesyuarat di l`uar puncak pertemuan itu.



Baru-baru ini, tribunal timbang tara menyampaikan keputusannya yang mendapati China tiada asas undang-undang menuntut hak sejarah ke atas sumber di Laut China Selatan dan ia telah melanggar hak kedaulatan Filipina di kawasan perairan yang dipertikai bagi kes yang dikemukakan Filipina atas tuntutan China itu.



Isu pertikaian di Laut China Selatan melibatkan beberapa negara Asean - Vietnam, Filipina, Indonesia, Brunei dan Malaysia - yang menuntut sejumlah pulau dalam gugusan Paracel dan Spratly - dan China, yang menuntut semua hak.



China berikrar mengabaikan keputusan itu dan menyifatkan tribunal yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kes berkenaan dan menuduhnya berat sebelah.



Tekanan daripada China telah dipersalahkan bulan lalu kerana mencetuskan perpecahan dalam Asean apabila beberapa negara menolak satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Malaysia selepas mesyuarat Asean-China.



Satu draf yang diperolehi oleh agensi berita AFP menunjukkan satu seksyen bertajuk Laut China Selatan yang kosong.



"Semuanya dalam keadaan berkecamuk pada masa ini," kata seorang diplomat yang terlibat dalam perbincangan itu kepada para pemberita.



Washington menyokong Filipina serta negara-negara Asean lain yang membuat tuntutan dan inginkan laluan bebas di kawasan yang dianggap mereka sebagai perairan antarabangsa itu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >