Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tel Aviv bandar paling mahal di dunia, S'pura dan Paris di tempat kedua: Tinjauan

Dec 01, 2021 | 05:49 PM



LONDON: Bandar Israel Tel Aviv adalah tempat tinggal paling mahal di dunia sedang inflasi yang melambung tinggi meningkatkan kos sara hidup di seluruh dunia, menurut tinjauan Economist Intelligence Unit (EIU) yang diterbitkan pada hari Rabu (1 Dis).


Paris dan Singapura berada di tempat kedua, diikuti oleh Zurich dan Hong Kong. Singapura berada di tempat keempat dalam tinjauan sama yang dikeluarkan pada November tahun lalu.


New York berada di tempat keenam tahun ini, dengan Geneva di tempat ketujuh.


Menggenapkan 10 teratas ialah Copenhagen di tempat kelapan, Los Angeles di tempat kesembilan dan Osaka, Jepun, di tempat ke-10.


Tahun lepas, tinjauan itu meletakkan Paris, Zurich dan Hong Kong di tempat pertama bersama.


Tel Aviv naik lima anak tangga untuk mendapat tempat teratas buat kali pertama dalam senarai itu.


Indeks Kos Kehidupan Seluruh Dunia disusun dengan membandingkan harga barangan dan perkhidmatan di 173 bandar dalam dolar Amerika Syarikat.


Bandar Israel itu berada di tempat teratas sebahagiannya disebabkan oleh kekuatan mata wang negara, shekel, berbanding dolar, serta kenaikan harga pengangkutan dan barangan runcit.


Data tahun ini dikumpul pada Ogos dan September lalu apabila harga pengangkutan dan komoditi meningkat dan menunjukkan bahawa secara purata, harga naik 3.5 peratus dalam mata wang tempatan - kadar inflasi terpantas yang dicatatkan dalam tempoh lima tahun lalu.


Sekatan sosial akibat pandemik koronavirus "telah menjejas bekalan barangan, menyebabkan kekurangan dan harga yang lebih tinggi", kata ketua kos kehidupan seluruh dunia di EIU, Cik Upasana Dutt.


"Kita dapat melihat dengan jelas kesannya dalam indeks tahun ini, dengan kenaikan harga petrol paling ketara," katanya, manakala bank pusat dijangka menaikkan kadar faedah secara berhati-hati, menurunkan inflasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >