Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Teleskop Angkasa James Webb tiba di 'tempat letak' kosmik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Teleskop Angkasa James Webb tiba di 'tempat letak' kosmik

Jan 26, 2022 | 05:30 AM

WASHINGTON: Teleskop Angkasa James Webb telah tiba di 'tempat letak' kosmiknya - lebih sejuta kilometer jauhnya dari Bumi - membawanya selangkah lebih dekat kepada misinya untuk membongkar misteri alam semesta, kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) kelmarin.

Pada kira-kira 3 pagi waktu Singapura semalam, kenderaan itu melancarkan penujahnya (thruster) selama lima minit untuk mencapai apa yang dipanggil sebagai Titik Lagrange kedua, atau L2, di mana ia akan mempunyai akses kepada hampir separuh langit pada bila-bila masa.

Pembakaran secara sengaja namun teliti itu menambah 1.6 meter sesaat pada kelajuan keseluruhan Teleskop Webb, cukup untuk membawanya ke orbit 'halo' sekitar L2 - 1.5 juta kilometer dari Bumi.

Teleskop Webb dilancarkan hampir sebulan lalu.

Ia akan memulakan misi sainsnya menjelang musim panas akan datang, termasuk menggunakan instrumen inframerah resolusi tingginya untuk melihat kembali pada masa 13.5 bilion tahun lalu ke generasi pertama galaksi yang terbentuk selepas kejadian Big Bang.

Di L2, ia akan kekal di tempat yang sejajar dengan Bumi semasa ia bergerak mengelilingi matahari, membolehkan sistem pelindung matahari Teleskop Webb melindungi peralatan sensitifnya daripada haba dan cahaya.

Teleskop Webb, yang menelan belanja hampir AS$10 bilion ($13.46 bilion) bagi Nasa, merupakan salah satu platform saintifik paling mahal pernah dibina, setanding dengan peralatan sains lain seperti Large Hadron Collider di Cern, Switzerland, dan teleskop angkasa pendahulu, Hubble.

Antara misi Teleskop Webb termasuk kajian planet yang amat jauh, untuk menentukan asal usul, evolusi dan kebolehdiaman mereka. - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3