Telur tercemar: M'sia periksa lanjut ladang di Selangor, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Dunia0

Telur tercemar: M'sia periksa lanjut ladang di Selangor

Mar 16, 2021 | 05:30 AM

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap sebuah ladang pengeluaran telur di Jeram, Selangor berikutan penemuan bakteria Salmonella enteritidis (SE).

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Encik Mohd Salim Dulatti, berkata dalam satu kenyataan kelmarin pihaknya juga sentiasa menjalankan pemantauan terhadap SE dalam telur ayam.

Beliau berkata hingga kini, 364 sampel telur ayam sudah dianalisis dan hanya dua daripadanya mengandungi SE.

"KKM mengambil maklum mengenai isu penarikan balik telur ayam keluaran Malaysia dari pasaran Singapura kerana dicemari bakteria Salmonella enteritidis sebagaimana dilaporkan di laman sesawang Agensi Makanan Singapura (SFA) Jumaat lalu.

"Laporan berkenaan juga menyatakan pihak SFA sudah mengarahkan telur ayam terbabit ditarik balik kerana dikesan tercemar bakteria SE.

Discover Malay Home Based Businesses

"Telur ayam terbabit mempunyai cetakan kod CES008, yang membabitkan semua kelompok daripada Syarikat Lay Hong Berhad Layer Farm di Jeram," katanya, menurut lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Encik Mohd Salim berkata SE sejenis bakteria yang boleh hadir dalam salur pencernaan ayam dan boleh mencemari telur ayam melalui pencemaran silang daripada najis ayam kepada telur atau semasa pembentukan telur ayam, sekiranya jangkitan berlaku terhadap tisu-tisu pembiakan ternakan terbabit.

Beliau berkata pengendalian tidak sempurna dari segi kebersihan kulit telur ayam atau telur ayam tidak dimasak dengan betul boleh menyebabkan keracunan makanan (Salmonellosis), dengan individu yang dijangkiti boleh mengalami demam, kekejangan perut, dan cirit-birit antara 12 hingga 72 jam selepa memakan makanan tercemar.

Golongan berisiko seperti warga emas, bayi, dan mereka yang mengalami gangguan sistem imun mungkin mengalami gelaja penyakit lebih teruk dan memerlukan rawatan di hospital, tambah beliau.

Bagi mengelakkan keracunan makanan disebabkan bakteria itu, pengguna dinasihat mencuci telur ayam dengan sempurna sebelum ia digunakan, elak menggunakan telur ayam retak atau pecah kerana ia mungkin tercemar SE, dan memasak telur ayam dengan sempurna hingga bahagian kuning dan putihnya menjadi keras sebelum ia dimakan.

Singapura mengarahkan empat pengimport menarik balik dari pasaran telur yang dihasilkan di Lay Hong Berhad Layer Farm di Jeram sebagai langkah berjaga-jaga.

SFA dalam laman sesawangnya menyatakan arahan itu dibuat berikutan penemuan SE pada produk terbabit, yang boleh menyebabkan penyakit berpunca daripada makanan, jika makanan itu dimakan secara mentah atau separuh masak.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map