Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tembak jet Russia: Nato sokong Turkey tapi seru bertenang

Nov 25, 2015 | 09:19 AM



BRUSSELS: Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), Encik Jens Stoltenberg, berkata pada Selasa (24 Nov) perikatan tentera itu menyokong anggotanya, Turkey, selepas negara itu menembak jatuh sebuah jet pejuang Russia di sempadan Syria, tetapi menggesa kedua-dua pihak supaya menenangkan krisis tersebut.


"Sebagaimana yang kami telah berkali-kali jelaskan, kami berdiri dalam perpaduan dengan Turkey dan menyokong keutuhan wilayah sekutu Nato kami, Turkey," kata Encik Stoltenberg selepas mesyuarat tergempar semua 28 anggota pertubuhan itu, yang diminta oleh Ankara.


"Saya mengharapkan hubungan lanjut antara Ankara dan Moscow dan menyeru supaya bertenang dan mengurangkan ketegangan. Diplomasi dan mengurangkan ketegangan penting untuk menyelesaikan keadaan ini," katanya.


Ankara berkata dua jet pejuang F16-nya menembak jatuh jet pejuang Su-24 Russia selepas ia melanggar ruang udara Turkey 10 kali dalam masa lima minit di sepanjang sempadan Syria.


Russia menegaskan pesawat itu berada di ruang udara Syria.


Encik Stoltenberg berkata beliau telah memberi amaran berulang kali mengenai bahaya yang disebabkan oleh kempen udara besar-besaran Russia dalam menentang pemberontak yang ingin menggulingkan sekutu lamanya, Presiden Syria Bashar al-Assad.


Seorang diplomat Nato berkata terdapat sokongan kuat bagi Turkey dalam mesyuarat itu tetapi ada juga seruan bagi "respons berhati-hati demi memastikan ini tidak berlaku lagi".


"Ini satu kejadian serius dan kami tidak mahu ia menjejas kemajuan yang dicapai dalam membina satu barisan bersama menentang Negara Islam," kata diplomat itu, yang enggan namanya disiar, yang merujuk kepada kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).


Turkey anggota penting Nato dan mempunyai tentera kedua terbesar dalam pakatan itu selepas Amerika Syarikat.


Ia telah beberapa kali menyeru sokongan daripada sekutu-sekutunya, dan sebagai respons, Nato pada 2012 menempatkan senjata antipeluru berpandu Patriot di selatan negara itu.


Kerahan tersebut dijadualkan ditarik balik pada akhir tahun ini. Nato berkata sebelum ini bahawa penempatan Patriot itu sedang dikaji semula. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >