WASHINGTON: Penasihat antiimigresen bakal Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata beliau akan memulakan pembinaan tembok di sempadan Mexico tanpa kelulusan kongres, sementara pasukannya sibuk membincangkan rangka cadangan bertujuan memulakan semula pendaftaran bagi pendatang dari negara Islam.
Setiausaha Negara Kansas, Encik Kris Kobach, yang terkenal dengan pendirian tegas antiimigresen, membuat kenyataan itu dalam temu bual dengan Reuters, semalam.