Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tempoh perintah kawalan mungkin dilanjutkan

Mar 18, 2020 | 09:05 PM



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin berkata Malaysia mungkin akan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan jika kekangan terhadap Covid-19 dalam tempoh dua minggu ini belum berjaya sepenuhnya.


Dalam perutusannya yang disiarkan siarang langsung  malam ini, beliau berkata oleh adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk mengasingkan diri dan keluarga dari terdedah kepada virus Covid-19 dengan berada di rumah.


Beliau  merayu rakyat Malaysia agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan mulai hari ini.


Tan Sri Muhyiddin menegaskan tujuan utama perintah itu dikeluarkan adalah mengelakkan penularan wabak tersebut, dan ia tidak akan berjaya jika pergerakan rakyat terutamanya pergerakan balik kampung berterusan.


“Saya sebutkan perkara ini kerana semalam ramai yang balik ke kampung. Saya lihat lebuhraya sesak dengan kenderaan menuju ke arah utara, selatan dan timur. Stesen bas juga sesak dengan orang ramai yang ingin pulang ke kampung.


“Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang.


“Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja,” kata Muhyiddin menerusi satu perutusan khas yang disiarkan menerusi televisyen malam ini.


Orang ramai katanya perlu memahami bahawa perintah yang dikeluarkan akan membantu memutuskan rantaian jangkitan, seterusnya mengurangkan jumlah pesakit.


“Tempoh kawalan dua minggu kerana COVID 19 mempunyai hayat inkubasi dua minggu.


“Kerajaan berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan Malaysia bebas dari COVID-19,” ujarnya.


Tan Sri Muhyiddin juga memaklumkan ada kemungkinan perintah kawalan dilanjutkan jika wabak itu tidak dapat dikawal dalam tempoh dua minggu ini.


“Saya ada tanggungjawab besar untuk menangani krisis yang sedang melanda negara kita. Tetapi saya tidak mungkin dapat melaksanakan tugas ini bersendirian. Saya memerlukan sokongan anda semua,” tambah beliau.


Beliau berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan Malaysia bebas dari Covid-19. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >