PEKAN: Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang bersidang semalam bersetuju bahawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, ditabalkan sebagai Sultan Pahang keenam.
Majlis pertabalan Tengku Abdullah, 59 tahun, sebagai Sultan Pahang akan diadakan di Istana Abu Bakar Pekan pada 15 Januari ini.
Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas mesyuarat majis diraja Pahang, yang bertujuan untuk membincangkan siapa yang akan mengambil tempat pemimpin sedia ada, Sultan Ahmad Shah, 88 tahun, dengan kesihatannya yang kurang baik.