Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tenis meja: Malaysia boleh diharam jadi hos jika tidak beri Israel visa

Jan 08, 2016 | 09:37 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia boleh diharam daripada menganjurkan acara tenis meja utama kecuali ia memberi visa kepada Israel untuk menyertai kejohanan pasukan dunia bulan depan, ujar badan dunia sukan itu pada Khamis (7 Jan).


Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Tenis Meja Antarabangsa (ITTF), Judit Farago, memberi amaran itu sedang keputusan permohonan visa pasukan Israel masuk belum diputuskan.


"Jika mereka menafikan visa, maka Malaysia tidak akan diberi sebarang acara gelaran dunia pada masa akan datang oleh ITTF," ujar beliau dalam e-mel.


"Masalah ini belum berlaku, jika ia berlaku, maka jawatankuasa eksekutif ITTF akan membincangkan keadaan dan cuba mencari penyelesaian."


Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Akhbar The Jerusalem Post melaporkan minggu lepas bahawa pasukan Israel masih belum mendapat visa, walaupun telah bekerja dengan para pegawai Malaysia berbulan-bulan untuk menyelesaikan masalah itu.


Seorang pegawai kanan Persatuan Tenis Meja Malaysia berkata pada Khamis bahawa ia juga sedang menunggu keputusan permohonan visa Israel.


Laporan menyatakan walaupun pasukan Israel dibenarkan mengambil bahagian, bendera dan lagunya boleh dihalang daripada pertandingan tersebut, yang berlangsung dari 28 Februari hingga 6 Mac di Shah Alam, Selangor.


Israel terlepas menyertai Kejohanan Dunia Pelayaran Remaja di Malaysia bulan lalu, dilaporkan selepas masalah sama berhubung visa dan bendera. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >