Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera Iraq 'dahului jadual' dalam operasi rampas semula Mosul

Oct 18, 2016 | 12:11 PM



WASHINGTON: Pasukan keselamatan Iraq "mendahului jadual" selepas hari pertama serangan untuk merebut kembali bandar Mosul daripada kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), kata seorang pegawai Pentagon.



Satu gabungan pimpinan Amerika Syarikat telah berbulan-bulan membantu melatih tentera Iraq bagi perjuangan merampas semula Mosul - kubu kuat ISIS terakhir di Iraq - dan serangan tentera akhirnya dijalankan pada awal Isnin (17 Okt).



"Tanda-tanda awal ialah tentera Iraq telah memenuhi matlamat mereka setakat ini, dan mereka mendahului jadual bagi hari pertama," kata setiausaha akhbar Pentagon, Encik Peter Cook.



Namun, beliau memberi amaran tidak diketahui berapa lama pertempuran akan berlangsung. Seorang jeneral kanan Amerika sebelum ini berkata ia akan mengambil masa beberapa minggu atau lebih lama.



Pasukan tentera Kurdi Iraq berkata 4,000 askar Peshmerga menyertai operasi membebaskan kampung yang dikuasai ISIS di timur Mosul, dalam serangan yang diselaraskan dengan unit tentera Iraq dari depan selatan.



Encik Massoud Barzani, presiden rantau Kurdi Iraq, berkata ini kali pertama pasukan Kurdi dan tentera pemerintah bergabung melawan ISIS, dan mereka telah merampas kira-kira 200 km persegi tanah ladang dan kampung di timur Mosul daripada kumpulan militan itu. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >