Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera laut Australia mula misi menyelamat mangsa terkandas

Jan 03, 2020 | 12:25 PM



SYDNEY: Pasukan tentera laut Australia hari ini bertungkus lumus menyelamatkan ribuan mangsa yang terkandas di pantai timur negara susulan kebakaran besar, serentak dengan ramalan lebih banyak insiden seumpama itu dijangka berlaku di seluruh negeri Victoria dan New South Wales (NSW).



Pemerintah Victoria, Daniel Andrews membuat pengisytiharan darurat buat pertama kali, sekali gus memberi sepenuh kuasa kepada pihak berkuasa untuk memindahkan orang ramai dan mengawal semua perkhidmatan.



Kebakaran hutan itu sudah meragut 2 nyawa setakat ini di Victoria, manakala 17 lagi dilaporkan masih hilang dan dikhuatiri turut terbunuh.



NSW turut mengeluarkan perintah darurat dan menggesa puluhan ribu pelancong meninggalkan taman negara atau lokasi pelancongan terpencil dengan segera.



Kapal HMAS Choules milik tentera laut dijangka memulakan misi menyelamat pertama dengan membawa kira-kira 800 individu terkandas di pekan Malla-coota di bahagian paling timur di Victoria, dengan keutamaan diberikan kepada warga emas, wanita, kanak-kanak dan pesakit.



Pengangkutan laut adalah satu-satunya jalan keluar dari pekan berkenaan ketika ini dan setiap perjalanan memakan masa sehari suntuk atau lebih. -Reuters. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >