Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tentera M'sia turun padang bantu penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan

Mar 22, 2020 | 2:07 PM
Tentera Malaysia menjalani rondaan di sekitar Kuala Lumpur untuk membantu dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di negara itu.
Tentera Malaysia menjalani rondaan di sekitar Kuala Lumpur untuk membantu dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di negara itu. - Foto AFP

PETALING JAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dikerah untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengurangkan pergerakan rakyat sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia mulai hari ini (22 Mac).

Portal berita pertahanan Air Times News Network memuat naik gambar askar yang memakai pelitup berdoa sebelum dikerah ke tempat bertugas mereka di serata negara.

"(Pegawai) ATM daripada Markas 11 Briged telah dikerah bagi Op Penawar," lapor laman itu.

Kelmarin, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia akan menggerakkan ATM kerana terdapat ramai yang tidak mempedulikan arahan pihak kerajaan dan keluar rumah meskipun perintah itu berkuat kuasa Rabu lalu.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, bagaimanapun menyangkal satu maklumat palsu yang tular di WhatsApp yang kononnya mendakwa askar dibenarkan menggunakan kekerasan terhadap orang awam semasa operasi itu. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg