Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera Russia semakin hampir ke ibu kota Ukraine

Mar 13, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Tentera Russia semakin menghampiri Kyiv, ibu kota Ukraine semalam sedang mereka terus membedil kawasan awam di beberapa bandar di Ukraine, sedang kebimbangan semakin memuncak mengenai bandar pelabuhan di Mariupol, di mana pegawai Ukraine berkata lebih 1,500 orang awam terbunuh.



Siren amaran udara dibunyikan di beberapa bandar di Ukraine, termasuk di Kyiv, Odessa, Dnipro dan Kharkiv, menurut media Ukraine semalam, sedang pencerobohan Russia ke atas Ukraine memasuki minggu ketiga semalam.



Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan sekutu yang lain semalam memperhebatkan tekanan ekonomi ke atas Russia, dengan melucutkan Moscow daripada menerima layanan istimewa perdagangan dan ekonomi kerana menyerang Ukraine.



Langkah-langkah yang diumumkan oleh EU, Amerika dan sekutu Kumpulan Tujuh (G7) merupakan sekatan keempat yang diumumkan selepas Russia menyerang Ukraine, 24 Februari lalu.



Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelenskiy, semalam cuba menghimpunkan rakyatnya agar meneruskan tentangan terhadap Russia dengan menegaskan Ukraine telah mencapai "titik perubahan penting" dalam konflik dengan Russia.



"Adalah mustahil untuk menyatakan beberapa hari lagi kita masih ada untuk membebaskan tanah Ukraine. Namun kami boleh katakan, kita boleh lakukannya," jelasnya lagi. - Agensi berita.



Laporan lanjut: 






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >