Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera Russia serang hospital di Mykolaiv, Ukraine

Apr 07, 2022 | 05:30 AM



GENEVA (Switzerland): Badan penyedia khidmat perubatan antarabangsa, Medecins Sans Frontieres (MSF), menyatakan pasukannya telah menyaksikan serangan udara tentera Russia ke atas sebuah hospital semasa mengunjungi sebuah hospital pada Isnin lalu di Mykolaiv, Ukraine.



Menurut MSF, mereka bagaimanapun berjaya berlindung dan kemudiannya lolos tanpa kecederaan.



"Beberapa letupan berlaku pada jarak yang dekat dengan kakitangan kami dalam masa sekitar 10 minit," kata ketua misi MSF di Ukraine, Encik Michel-Olivier Lacharité.



"Sedang mereka mahu meninggalkan tempat itu, pasukan MSF melihat orang-orang yang cedera dan sekurang-kurangnya sekujur mayat."



MSF yang berpangkalan di Geneva tidak memperincikan bagaimana mereka tahu serangan itu datangnya dari pihak Russia dan tidak memberi sebarang bukti kecuali kenyataan yang dibuat.



Agensi berita Reuters tidak dapat mengesahkan butiran apa yang didakwa berlaku.



Pihak Russia menafikan ia menyasarkan orang awam sejak melancarkan apa yang disebutnya sebagai "operasi khas ketenteraan" di Ukraine pada 24 Februari lalu untuk memastikan Ukraine tidak punya keupayaan ketenteraan dan menamatkan pengaruh Nazi di negara berjiran itu.



Menurut MSF, cermin tingkap kenderaan mereka pecah disebabkan kesan ledakan.



Kemudahan rumah sakit barah yang turut merawat pesakit yang cedera akibat perang yang berlaku, berada dalam kawasan perumahan di timur Mykolaiv dengan banyak kemudahan perubatan, katanya.



"Mengebom sebuah kawasan yang luas dalam lingkungan estet perumahan di tengah hari tentunya mengakibatkan korban orang awam dan meranapkan bangunan awam," kata Encik Lacharité.



Pasukan MSF seramai empat orang melihat beberapa lubang kecil di merata kawasan dan menyatakan "ia konsisten dengan penggunaan bom kelompok", menurut kenyataan itu lagi.



Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan 61 lain cedera dalam satu serangan roket ke atas Mykolaiv pada Isnin lalu yang mengena perhentian bas dan kawasan membeli-belah, menurut pegawai hak asasi yang juga penyiasat aduan awam, Cik Lyudmyla Denisova, kelmarin.



Seorang jurucakap untuk misi Russia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva enggan memberi ulasan segera.



Pasukan hak asasi PBB sebelum ini menyatakan ia telah menerima "laporan berwibawa" tentang beberapa kes di mana tentera Russia menggunakan senjata kelompok - bom dengan kulit lompang yang meledak di udara - di kawasan yang ramai penduduk di Ukraine.



Pangkalan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan bahawa terdapat 89 serangan ke atas prasarana kesihatan sejak Russia menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu, tanpa menyatakan siapa bertanggungjawab. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >