Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Terbunuhnya pemimpin ISIS dalam operasi AS di Syria petanda penting dunia terus perangi pengganasan: MFA

Feb 05, 2022 | 04:24 PM



KEMATIAN pemimpin rangkaian pengganasan antarabangsa, ISIS yang juga disebut Daesh, Abu Ibrahim al-Hashimi al-Quraishi dalam satu operasi Amerika Syarikat pada 2 Februari lalu, menandakan perkembangan penting dalam usaha berterusan  sejagat  menentang pengganasan.



Menjelaskan demikian dalam kenyataannya pada Sabtu (5 Februari), jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) di Singapura berkata:



“Pengganasan dan fahaman pelampau ganas kekal sebagai ancaman serius bagi negara merata dunia termasuk Singapura.



“Sebagai anggota Gabungan Global untuk Menumpaskan ISIS, Singapura kekal sebagai penyokong kuat usaha mencegah keganasan antarabangsa dan memastikan kekalahan ISIS bertahan lama.”



Abu Ibrahim dilaporkan telah meletupkan bom selepas dikepung tentera Amerika Syarikat, menyebabkan kematiannya selain anggota keluarga, termasuk wanita dan kanak-kanak, lapor agensi berita Reuters pada Jumaat.



Memetik laporan agensi perisikan Amerika Syarikat, Abu Ibrahim dikatakan menghuni tingkat atas sebuah rumah di Atme, utara Syria.



Dia dikatakan tidak pernah meninggalkan premis itu kecuali hanya keluar untuk mandi di atas bumbung bangunan berkenaan.



Dalam Bilik Situasi Rumah Putih, di mana model sebenar rumah itu tersedia, Presiden Amerika, Encik Joe Biden, telah diberi taklimat mengenai pilihan bagi menamatkan riwayat al-Qurashi, salah seorang pemimpin pengganas paling dikehendaki Amerika.



Pegawai Amerika berkata, mereka boleh membunuh Abu Ibrahim dengan mudah.Ini berdasarkan lokasinya itu sudah dikaji sejak tahun lalu sebelum ditentukan dapat dimusnahkan menerusi tembakan tepat peluru berpandu.



Encik Biden berkata, atas arahannya, pasukan tentera Amerika di Syria berjaya melaksanakan operasi anti pengganas bagi melindungi Amerika dan sekutunya.



“Semua anggota tentera Amerika yang terbabit dalam operasi ini pulang dengan selamat. Terima kasih atas kemahiran dan keberanian anggota tentera Amerika, kita berjaya menumpaskan Abu Ibrahim al-Hashimi al-Qurayshi,” kata Encik Biden dalam satu kenyataan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >